SEMAKAN PENGHARGAAN SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Penghargaan SARA untuk semua rakyat dewasa Malaysia akan dikreditkan ke MyKad individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berstatus lulus dalam Sistem SARA.
Bagaimanakah semakan layak atau tidak penghargaan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA MYKASIH RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU PENGHARGAAN SARA
Penghargaan SARA ialah bantuan RM100 ONE-OFF yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dalam Ucapan Penghargaan untuk Rakyat pada 23 Julai 2025 sebagai langkah segera menangani beban kos sara hidup.
Seramai 22 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini secara individu, yang akan disalurkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SIAPA LAYAK MENERIMA PENGHARGAAN SARA
Kelayakan penerima penghargaan SARA 2025adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Individu berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
MANFAAT PENGHARGAAN SARA
Setiap Individu berusia 18 tahun ke atas, yang merupakan warganegara Malaysia bakal menerima RM100 yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima.
Bantuan RM100 tersebut boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.
TARIKH KREDIT BAYARAN PENGHARGAAN SARA
Penghargaan SARA atau Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
Baki Kredit Bantuan RM100 yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA TEBUS PENGHARGAAN SARA
Penerima boleh menggunakan kredit Penghargaan SARA untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGHARGAAN SARA 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui kaedah seperti berikut:

- Layari Portal Rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/
- Halaman utama akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, status kelayakan penerima PENGHARGAAN SARA boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Banruan SARA
SUHANA SA’ARI