SEMAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025 (RM100 & RM50 SETIAP BULAN) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan Sara MyKasih bukan disalurkan hanya sebulan sahaja, malah ianya akan disalurkan setiap bulan sepanjang tahun (mengikut tempoh yang ditetapkan bagi setiap kelayakan penerima) dengan kadar antara RM50 sehingga RM100 setiap bulan.
Bagaimanakah semakan penerima sara mykasih rm100 dan rm50 setiap bulan? Ikuti panduan semakan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH JANUARI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU SARA MYKASIH 2025
Bantuan Sara atau diperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah di bawah program MyKasih yang disalurkan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan Sara MyKasih sejak Jun 2023 dan diteruskan lagi pada Januari 2024 sehingga ke Disember dan akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan penambahbaikan kepada lebih ramai penerima.
SEMAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Sara MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Sara MyKasih di atas.
- Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian tengah, klik butang [SEMAK STATUS].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan anda tanpa sengkang (-) contoh : 780230115678.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha dengan betul mengikut imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan ‘Layak RM***’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
- Selesai.
JUMLAH PENERIMA SARA MYKASIH 2025
Pada awal pengenalan Bantuan Sara MyKasih hanya diagihkan kepada 0.2 juta penerima sahaja. Diteruskan pada tahun 2024 kepada lebih 0.7 juta dan pada tahun 2025 pula, kerajaan akan meluaskan kepada lebih 5.4 juta penerima.
KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 0.7 juta penerima |
Penerima Baharu | 4.7 juta penerima |
JUMLAH AGIHAN SARA MYKASIH 2025
Bukan kesemua 5.4 juta penerima akan menerima agihan jumlah Bantuan Sara MyKasih yang sama, kerana kerajaan akan mengagihkan mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :
- PENERIMA SEDIA ADA :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH AGIHAN SARA MYKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | Berpasangan : RM100 setiap bulan. Tunggal : RM100 setiap bulan. |
BUJANG | Belia : RM50 setiap bulan. Warga Emas : RM100 setiap bulan. |
- PENERIMA BAHARU :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH AGIHAN SARA MYKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | Berpasangan : RM100 setiap bulan. Tunggal : RM100 setiap bulan. |
BUJANG | Belia : -. Warga Emas : RM50 setiap bulan |
TEMPOH AGIHAN SARA MYKASIH 2025
Pengagihan Bantuan Sara MyKasih bagi tahun 2025 adalah mengikut tempoh seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
Selama tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2025) | Selama tempoh 9 bulan (April – Disember 2025) |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Thanks you very much