SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 : KELAYAKAN SIRI 2/2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diteruskan bagi tahun 2026 melalui pelaksanaan berperingkat yang melibatkan beberapa siri pengambilan, termasuk Siri 2/2026. Calon yang memenuhi syarat penyertaan kini boleh membuat semakan tawaran dan kelayakan pelatih secara dalam talian melalui sistem rasmi ePLKN 3.0 yang telah dibuka oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) .
Bagi Siri 2/2026, latihan dijadualkan berlangsung sekitar April hingga awal Jun 2026, melibatkan calon kelahiran tahun 2008 yang dipilih secara sistematik. Pelatih yang berjaya perlu membuat pengesahan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan bagi melengkapkan proses pendaftaran dan penempatan latihan .
Sehubungan itu, calon serta ibu bapa disarankan untuk membuat semakan dengan segera bagi mengetahui status tawaran dan maklumat lanjut berkaitan penyertaan.
Bagaimanakah semakan pelatih PLKN 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
Baca juga: SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 : AKAN DIBERI KEPADA PENERIMA YANG LEPAS KELAYAKAN
PENGENALAN PLKN 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan bagi membentuk jati diri, disiplin serta semangat patriotisme dalam kalangan belia. Program ini menyasarkan golongan muda khususnya lepasan sekolah untuk mengikuti latihan berstruktur yang merangkumi aspek fizikal, mental dan kenegaraan sebagai persediaan menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
Dalam pelaksanaan terkini, PLKN dijenamakan semula sebagai PLKN 3.0 dengan pendekatan yang lebih relevan dan tersusun. Latihan dilaksanakan secara berperingkat mengikut siri sepanjang tahun, termasuk bagi PLKN 2026, dengan penggunaan kem latihan sedia ada seperti kem Askar Wataniah bagi memastikan pelaksanaan lebih efektif dan sistematik.
Melalui program ini, pelatih akan didedahkan kepada pelbagai modul seperti latihan fizikal, pembinaan karakter, kepimpinan serta nilai perpaduan, selaras dengan matlamat untuk melahirkan generasi muda yang berdaya tahan, berdisiplin dan cintakan negara.
SYARAT KELAYAKAN PELATIH PLKN 2026
Syarat kelayakan untuk menjadi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
TARIKH DAN LOKASI PELATIH PLKN 2026 SIRI 2
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri latihan bagi tahun 2026. PLKN Siri 2 2026 akan dilaksanakan pada tarikh dan di lokasi seperti berikut :
PLKN SIRI 2 2026 :
| TARIKH | LOKASI |
|---|---|
| 25 April 2026 – 08 Jun 2026 | 1) Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur 2) Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang |
TARIKH SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 SIRI 2
Tawaran menjadi pelatih Program Latihan Khidmat Negara 3.0 Siri 2/2026 boleh dibuat semakan secara online pada tarikh yang berikut:
| TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
|---|---|
| 20 Februari 2026 (Jumaat) 5.00 Petang | 28 Februari 2026 (Sabtu) |
SEMAKAN PELATIH PLKN 2026
Status tawaran pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2026 boleh dibuat semakan secara online di Sistem e-PLKN seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh merujuk panduan manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
DOKUMEN WAJIB DIBAWA
Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib dibawa dan disediakan oleh pelatih, antaranya:
- Surat tawaran / surat melapor diri;
- Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
- Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
- Borang Perakuan Kesihatan;
- Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada);
INFO PENTING PELATIH PLKN 2026
Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu diingati oleh para pelatih terpilih :
- Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
- Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133612 / 03-40133613
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/