SEMAKAN ONLINE MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Pembayaran tanpa tunai (cashless) adalah kaedah yang selamat kerana tidak perlu membuat pengeluaran tunai. Oleh itu, Kerajaan MADANI menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan online status kelayakan MyKasih? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS STR : (FASA 3) SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
SEMAKAN STATUS ONLINE MYKASIH 2025
Status kelayakan penerima Bantuan SARA boleh disemak secara online melalui portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI ONLINE MYKASIH 2025
Oleh kerana Bantuan SARA dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima, baki yang ada hanya boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Sila muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN MYKASIH 2025
Pengkreditan MyKasih dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut :
TARIKH KREDIT KEPADA PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH KREDIT KEPADA PENERIMA BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
1 Februari 2025 | – |
1 Mac 2025 | – |
1 April 2025 | 1 April 2025 |
1 Mei 2025 | 1 Mei 2025 |
1 Jun 2025 | 1 Jun 2025 |
1 Julai 2025 | 1 Julai 2025 |
1 Ogos 2025 | 1 Ogos 2025 |
1 September 2025 | 1 September 2025 |
1 Oktober 2025 | 1 Oktober 2025 |
1 November 2025 | 1 November 2025 |
1 Disember 2025 | 1 Disember 2025 |
JUMLAH KREDIT MYKASIH 2025
Berikut merupakan jumlah MyKasih yang terkini dikreditkan kepada setiap kategori penerima :
JUMLAH MYKASIH DIKREDITKAN PENERIMA SEDIA ADA | JUMLAH MYKASIH DIKREDITKAN PENERIMA BAHARU |
---|---|
Isi Rumah : RM200 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan |
Warga Emas : RM150 sebulan | Warga Emas : RM50 sebulan |
Bujang : RM50 sebulan | Bujang : – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.