SEMAKAN NAMA PLKN 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! Penambahan kuota bagi PLKN 3.0 Siri 2/2026 telah dibuat susulan penggunaan kem baharu yang berkapasiti sehingga 600 peserta. Semakan penyertaan kini telah dibuka, dan calon yang terpilih disarankan untuk segera membuat pengesahan sebelum tarikh tutup.
Bagaimanakah semakan nama PLKN 2026? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga: DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH : CARA REGISTER ONLINE
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PLKN 2026
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
MODUL LATIHAN PLKN 2026
Latihan PLKN 3.0 merangkumi tiga (3) modul terbaru, iaitu :
- Modul Fizikal : Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat : Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
CARA SEMAKAN NAMA PESERTA PLKN 2026
Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:
- Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
- E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.
SEMAKAN NAMA PESERTA PLKN 2026 SECARA ONLINE
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 3 April 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
TEMPOH LATIHAN PLKN 2026
Tempoh masa bagi Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah selama 45 hari.
SEMAKAN LOKASI DAN TARIKH KEMASUKAN PESERTA PLKN 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut.
Kedua (SIRI 2)
- Tarikh: 25 April – 08 Jun 2026
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur;
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang;
- Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-4013 (Sambungan 3612 / 3613 / 3614 / 3603 / 3604 / 3626)
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/