SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM2400 MYKASIH 2026 : CHECK SEGERA
Golongan yang tersenarai sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih layak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah pembayaran sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm2400 mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN DUIT SARA DISEMBER 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD ANDA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM2400 MYKASIH 2026
Syarat kelayakan penerima bantuan MyKasih kategori eKasih, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan
Catatan : Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih akan menerima bantuan ini secara automatik.
AMAUN BULANAN BANTUAN MYKASIH 2026
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200 Sebulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150 Sebulan |
| Bujang | RM1,200 | RM100 Sebulan |
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam IC penerima setiap bulan seperti berikut :
| TARIKH MULA PROGRAM | TARIKH AKHIR PROGRAM |
|---|---|
| Januari 2026 | Disember 2026 |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM2400 MYKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]