SEMAKAN MYSTR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA & CARA MOHON BANTUAN

SEMAKAN MYSTR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA & CARA MOHON BANTUAN

Peruntukan sebanyak RM15 billion bakal dimanfaatkan oleh seramai 9 juta rakyat Malaysia yang merupakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) melalui bayaran Bantuan STR dan juga Bantuan Tambahan.

Bagaimanakah semakan MySTR Tambahan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA MYKASIH RM600 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ANDA & MOHON JIKA LAYAK

PENGENALAN MYSTR TAMBAHAN

STR Tambahan merujuk kepada Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga tambahannya adalah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan kepada 9 juta rakyat Malaysia yang layak supaya dapat menampung kos sara hidup sepanjang tahun 2026.

JUMLAH BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Setiap kategori penerima akan terima bayaran Bantuan STR dan Tambahan dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • Bayaran Bantuan STR 2026 :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga EmasRM600
Bujang
  • Bayaran Bantuan Tambahan (SARA) 2026 :
KATEGORI PENERIMASTR DAFTAR EKASIHSTR BUKAN EKASIH
Isi Rumah B40RM2,400 setahun
(RM200 sebulan)
RM1,200 setahun
(RM100 sebulan)
Isi Rumah M40RM1,200 setahun
(RM100 sebulan)
Warga EmasRM1,800 setahun
(RM150 sebulan)
RM600 setahun
(RM50 sebulan)
BujangRM1,200 setahun
(RM100 sebulan)
RM600 setahun
(RM50 sebulan)

JADUAL BAYARAN MYSTR TAMBAHAN

Pembayaran Bantuan STR dan Tambahan dilaksanakan dengan cara yang berbeza seperti berikut :

  • Bantuan STR : Dibayar secara tunai menerusi akaun bank penerima dan tunai di kaunter BSN melalui empat (4) Fasa; manakala
  • Bantuan Tambahan : Dibayar secara tanpa tunai menerusi Kad Pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan.

Mengikut jadual bayaran berikut :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan STRFasa 1 : Januari 2026
Fasa 2 : Mac 2026
Fasa 3 : Ogos 2026
Fasa 4 : Oktober 2026
Bantuan Tambahan
(SARA)
Januari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
*Tarikh bayaran masih belum diketahui dan akan dikemaskini sebaik sahaja tarikh rasmi diumumkan oleh Kerajaan.

SEMAKAN MYSTR TAMBAHAN 2026

Bagi yang telah memohon dan mendaftar akaun MySTR, status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR dan Tambahan boleh disemak secara online melalui Portal MySTR Rasmi di bawah :

  1. Layari Portal MySTR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama Portal MySTR, terus klik butang [Log Masuk].
  3. Isikan Nombor MyKad anda dan klik butang [Semak].
  4. Untuk pengesahan, ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan dengan nama anda.
  5. Jika paparan kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
  6. Masukkan Kata Laluan yang betul.
  7. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  8. Paparan ‘Papan Pemuka / Dashboard MySTR’.
  9. Untuk semakan status, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA MOHON BANTUAN MYSTR TAMBAHAN

Untuk menerima bayaran Bantuan STR dan Tambahan, anda perlu memohon secara online melalui Portal MySTR Rasmi mengikut panduan yang lengkap di bawah :

  1. Layari Portal MySTR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama Portal MySTR, sila klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID, sila klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  5. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
    • [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  8. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  9. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  10. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  11. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  13. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  14. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  15. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  16. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  17. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment