SEMAKAN MYSARA RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA ONE OFF
Sebahagian hasil daripada penjimatan subsidi dapat disalurkan kepada 22 juta rakyat menerusi inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.
Bagaimanakah semakan MySARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA CLAIM SARA : (RM100) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA DALAM MYKAD
KAEDAH BAYARAN MYSARA RM100 2025
Kerajaan MADANI akan melaksanakan bayaran Bantuan MySARA sebanyak RM100 secara tanpa tunai (cashless) hanya sekali bayaran (One-off) melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak.
KRITERIA PENERIMA MYSARA RM100 2025
Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan penerima Bantuan MySARA RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Kategori bujang / berkeluarga / warga emas;
- Tanpa mengira jumlah pendapatan.
TARIKH BAYARAN MYSARA RM100 2025
Bayaran Bantuan MySARA RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia akan dilaksanakan secara serentak pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Penerima yang layak boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum pada 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN MYSARA RM100 2025
Anda boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima MySARA RM100 melalui laman web Portal Rasmi seperti berikut :
- Layari laman web Portal Rasmi MySARA; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my.
- Halaman utama Portal Rasmi MySARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Tanpa sengkang (-) contoh : 870230112345.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima MySARA akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.