SEMAKAN MYSARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan yakin bahawa peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat B40 dan M40 dapat dikurangkan melalui penyaluran Bantuan MySARA yang berterusan pada setiap bulan bagi sepanjang tahun dengan kadar yang mengcukupi bagi setiap penerima.
Maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan MySARA dihuraikan pada bahagian bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SABAH FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU MYSARA?
Bantuan MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk membantu golongan kurang berkemampuan (B40 dan M40) dengan pemberian bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas secara bulanan serta sekaligus (one-off).
Tujuan utama Bantuan MySARA dilaksanakan adalah untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terumatanya dalam menghadapi kenaikan harga barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan dan sebagainya.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2025
Kelayakan Penerima MySARA Bulanan :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai dalam rekod data eKasih bagi golongan Miskin dan Miskin Tegar.
Kelayakan Penerima MySARA One-Off :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan penerima.
CARA BAYARAN MYSARA 2025
Cara pembayaran MySARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah sama iaitu secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan pembelian barang keperluan asas di 7,300 kedai runcit dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
KADAR BAYARAN MYSARA 2025
Kadar bayaran Bantuan MySARA bulanan dan one-off disalurkan mengikut kategori penerima. Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan MySARA bagi tahun 2025 :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | BAYARAN SETIAP BULAN | BAYARAN ONE-OFF |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM100-RM200 setiap bulan | RM100 One-off |
Isi Rumah Asas (Daftar STR sahaja) | RM100 setiap bulan | RM100 One-off |
Semua Isi Rumah | – | RM100 One-off |
- KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | BAYARAN SETIAP BULAN | BAYARAN ONE-OFF |
---|---|---|
Warga Emas Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM100-RM150 setiap bulan | RM100 One-off |
Warga Emas Asas (Daftar STR sahaja) | RM50 setiap bulan | RM100 One-off |
Semua Warga Emas | – | RM100 One-off |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | BAYARAN SETIAP BULAN | BAYARAN ONE-OFF |
---|---|---|
Bujang Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM50 setiap bulan | RM100 One-off |
Bujang Asas (Daftar STR) | – | RM100 One-off |
Semua Bujang | – | RM100 One-off |
JADUAL BAYARAN MYSARA 2025
Bantuan MySARA dibayar kepada penerima mengikut tarikh yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MySARA setiap bulan dan One-off :
JENIS BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Bayaran Setiap Bulan | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Bayaran One-off | 31 Ogos 2025 |
CARA SEMAKAN MYSARA 2025
Status kelayakan MySARA boleh disemak secara online melalui aplikasi rasmi MyKasih yang boleh dimuat turun dalam telefon bimbit anda secara percuma. Ikuti panduan lengkap cara semakan MySARA seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan MySARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan MySARA :
- Adakah Bantuan MySARA boleh ditunaikan?
- Bantuan MySARA hanya boleh digunakan secara tanpa tunai (cashless) dengan Kad Pengenalan sahaja dan tidak boleh ditunaikan.
- Adakah semua penerima STR akan menerima Bantuan MySARA setiap bulan?
- Tidak semua, hanya 5.4 juta penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
- Adakah semua rakyat akan terima Bantuan MySARA One-off?
- Ya rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima Bantuan MySARA One-off.
- Bolehkah Bantuan MySARA dipindah milik kepada orang lain?
- Tidak boleh. Bantuan MySARA hanya dikreditkan khusus kepada yang layak sahaja dan perlu digunakan untuk membeli barang keperluan.
- Adakah Bantuan MySARA diteruskan setiap tahun?
- Ya, tetapi jumlah, kelayakan penerima, dan kaedah bayaran mungkin berubah mengikut pengumuman Belanjawan tahunan kerajaan.
RUJUKAN
Semua maklumat berkaitan Bantuan MySARA dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (MyKasih). Oleh itu, Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak MySARA seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]