SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI : CEK STATUS KELULUSAN PEMOHON SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)

SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI : CEK STATUS KELULUSAN PEMOHON SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)

Status kelulusan permohonan Bantuan MyKasih yang terkini untuk tahun 2026 boleh mula disemak untuk ketahui status dan kadar amaun RM2400, RM1800, RM1200 dan RM600 yang akan diterima berdasarkan kelulusan masing-masing.

Bagaimanakah semakan MyKasih yang terkini? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH PERINGKAT FASA 1 2026

PLATFORM SEMAKAN MYKASIH 2026

Terdapat dua (2) platform yang disediakan untuk semakan MyKasih, iaitu :

PLATFORM SEMAKANLINK RASMI
Portal MyKasihhttps://mykasih.com.my/
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/

SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI

Ikuti mana-mana cara semakan MyKasih di bawah yang mudah bagi anda :

  • Cara Semakan MyKasih Melalui Portal Rasmi :
    1. Sila klik pada link portal rasmi MyKasih di atas.
    2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    8. Selesai.
  • Cara Semakan MyKasih Melalui Aplikasi Mudah Alih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
    2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
    3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
      • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
      • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
    5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
    6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
    7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    9. Klik pada butang [Semakan Status].
    10. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    11. Selesai.

PAPARAN STATUS MYKASIH 2026

Jika anda membuat semakan melalui Portal MyKasih atau melalui aplikasi mudah alih MyKasih, dan disahkan anda layak, status kelayakan akan dipaparkan seperti berikut :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)50.00

JADUAL PROGRAM MYKASIH 2026 TERKINI

Program MyKasih untuk tahun 2026 dilaksanakan berperingkat mengikut jadual yang terkini 2026 seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
TARIKH PROGRAM
DIKREDITKAN
TARIKH PROGRAM
BERAKHIR
Isi Rumah
dan
Warga Emas
9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026
Bujang16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

KADAR AMAUN BANTUAN MYKASIH 2026

Daripada peruntukan RM15 billion, Kerajaan akan bahagikan kadar amaun Bantuan MyKasih mengikut kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR AMAUN
Miskin & Miskin TegarRM2,400 setahun
(RM200 x 12 bulan)
Asas Bukan MiskinRM1,200 setahun
(RM100 x 12 bulan)
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR AMAUN
Miskin & Miskin TegarRM1,800 setahun
(RM150 x 12 bulan)
Asas Bukan MiskinRM600 setahun
(RM50 x 12 bulan)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR AMAUN
Miskin & Miskin TegarRM1,200 setahun
(RM100 x 12 bulan)
Asas Bukan MiskinRM600 setahun
(RM50 x 12 bulan)

RUJUKAN LANJUT MYKASIH

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment