SEMAKAN MYKASIH 2026 ONLINE : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100 DALAM MYKAD)
Rakyat Malaysia yang berstatus lulus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima pengkreditan bantuan setiap bulan secara automatik dalam MyKad (Kad Pengenalan) mengikut amaun kelayakan masing-masing untuk perbelanjaan barangan asas.
Bagaimanakah semakan mykasih 2026 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah MyKasih (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA MYKASIH | KELAYAKAN |
|---|---|
| EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
SEMAKAN AMAUN BULANAN MYKASIH 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026 ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
CARA PENGKREDITAN DUIT MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan setiap bulan (12 bulan) kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa Tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026