SEMAKAN MYKASIH 100 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN MYKASIH 100 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Misi utama pemberian Bantuan MyKasih dilaksanakan pada setiap tahun adalah untuk membantu rakyat dewasa Malaysia yang memerlukan bagi menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas secara bulanan.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima MyKasih 100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : REGISTER LESEN PERCUMA : SESI TERBARU PERMOHONAN ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

SISTEM AGIHAN MYKASIH 100 2025

Setelah penerima disahkan layak dan didaftarkan, Bantuan MyKasih akan diagihkan secara automatik melalui kad pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan dan penerima boleh menggunakan kad pengenalan (MyKad) untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya terpilih.

TARIKH AGIHAN MYKASIH 100 2025

Bantuan MyKasih bernilai RM100 diagihkan pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :

BIL.TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
1.1 April 2025RM100
2.1 Mei 2025RM100
3.1 Jun 2025RM100
4.1 Julai 2025RM100
5.1 Ogos 2025RM100
6.1 September 2025RM100
7.1 Oktober 2025RM100
8.1 November 2025RM100
9.1 Disember 2025RM100
= RM900

JUMLAH PENERIMA MYKASIH 100 2025

Penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih bernilai RM100 sebulan adalah kira-kira seramai berikut :

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH PENERIMA
Isi Rumah3.4 juta penerima

KRITERIA PENERIMA MYKASIH 100 2025

Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan kepada penerima MyKasih yang berjumlah RM100 sebulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan ketua isi rumah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

SEMAKAN MYKASIH 100 2025

Ikuti cara semakan kelayakan penerima MyKasih RM100 sebulan seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasihhttps://mykasih.com.my
  1. Klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  7. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  8. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  9. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment