SEMAKAN LATIHAN PLKN : SEMAK STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT MASUK KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 1/ 2026

SEMAKAN LATIHAN PLKN : SEMAK STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT MASUK KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 1/ 2026

Kelayakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah dipilih secara rawak dalam sistem komputer berdasarkan kriteria kelayakan individu. Tawaran kelayakan penyertaan PLKN Siri 1 2026 kini boleh di semak oleh calon untuk membuat pengesahan kehadiran.

Bagaimanakah semakan latihan plkn 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CARA MOHON BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : ANDA BOLEH RUJUK PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SARA MYKASIH UNTUK TERIMA BAYARAN (RM2400 & RM1200 & RM600)

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
  • Kelahiran tahun 2008;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.

LATIHAN PLKN 2026

Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu yang perlu diingatkan oleh para pelatih, antaranya :

  • Tempoh PLKN adalah selama 45 hari;
  • Elaun harian sebanyak RM8 digantikan dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
  • Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
  • Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.

JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN PLKN 2026

Pelaksanaan Latihan PLKN 2026, dijadualkan akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

SIRI LATIHANTARIKH
Siri 1/202617 Januari 2026 – 03 Mac 2026
Siri 2/202625 April 2026 – 08 Jun 2026
Siri 3/202611 Julai 2026 – 24 Ogos 2026
Siri 4/202603 Oktober 2026 – 16 Nov 2026

TARIKH DAN LOKASI LATIHAN PLKN SIRI 1 2026

PLKN Siri Pertama 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

PLKN SIRI 1 2026 :

TARIKH LATIHAN SIRI 1LOKASI
17 Januari 2026 – 03 Mac 2026 1) Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW),
Kuala Lumpur
2) Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW),
Pekan Pahang

TARIKH SEMAKAN TAWARAN

Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Siri 1 tahun 2026, bagi warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2008 di buka bermula :

TARIKH BUKATARIKH TUTUP
08 Disember 2025 (Isnin)25 Disember 2025 (Khamis)

Info Penting : Sekiranya anda tercalon sebagai calon simpanan, anda dikehendaki membuat semakan semula pada 29 Disember 2025 (Isnin) untuk semakan status terkini.

SEMAKAN LATIHAN PLKN

Status tawaran Pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2026 boleh disemak secara online di Sistem e-PLKN seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 25 Disember 2025 (Khamis) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.

Pelatih juga boleh ujuk panduan Manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf

CALON SIMPANAN

Calon simpanan merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Sekiranya anda tercalon sebagai calon simpanan, anda dikehendaki membuat semakan semula pada 29 Disember 2025 (Isnin) untuk semakan status terkini.

Jika tidak terpilih pada siri awal, sila semak semula pada siri akan datang (siri 2,3 & 4/2026) selewatnya 2-3 minggu selepas pengumuman rasmi dari jlkn atau sebelum siri latihan berikutnya bermula.

DOKUMEN WAJIB DIBAWA

Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib disediakan oleh pelatih, antaranya :

  • Surat tawaran / surat melapor diri;
  • Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
  • Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
  • Borang Perakuan Kesihatan;
  • Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada);

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment