SEMAKAN KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026 : AKAN DIBAYAR DALAM MYKAD PENERIMA JIKA BERSTATUS LAYAK

SEMAKAN KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026 : AKAN DIBAYAR DALAM MYKAD PENERIMA JIKA BERSTATUS LAYAK

Berita gembira kepada rakyat Malaysia, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan SARA One-Off sekali lagi bagi tahun 2026 untuk membantu menampung kos perbelanjaan rakyat dalam membuat persiapan perayaan Tahun Baru Cina dan juga persiapan menyambut bulan Ramadan yang berbaki berapa hari sahaja lagi.

Bagaimanakah semakan kelayakan SARA One Off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK SKAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026

Semua penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA One-Off secara serentak melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing pada tarikh yang sama iaitu pada :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
SARA One-Off09 Februari 2026, Isnin

JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2026

Setiap kategori seperti isi rumah, warga emas dan juga bujang akan terima bayaran Bantuan SARA One-Off sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 (suami)
dan
RM100 (isteri)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM100 (individu)
BujangRM100 (individu)

SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026

Pemberian Bantuan SARA One-Off adalah khas untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
KategoriIsi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
Kadar
Pendapatan
Terbuka kepada semua
(tanpa mengira pendapatan)

SEMAKAN KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026

Bermula 9 Februari 2026, rakyat Malaysia khususnya golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh membuat semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA One-Off mengikut panduan yang dinyatakan di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
SARA
(Sumbangan Asas Rahmah)
https://www.sara.gov.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Halaman utama Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan status penerima layak Bantuan SARA One-Off :

Nama ProgramSARA One-Off 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/02/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

TEMPOH SAH GUNA SARA ONE OFF 2026

Bantuan SARA yang dikreditkan secara One-Off (Sekaligus) boleh digunakan pada bila-bila masa namun ianya mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan seperti berikut :

TARIKH KREDITTEMPOH GUNATARIKH AKHIR
09 Februari 2026
(Isnin)
11 bulan31 Disember 2026
(Khamis)

INFO LANJUT SARA

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment