SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Agihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan dilaksanakan sekaligus, namun ianya dilaksanakan secara ansur berperingkat melalui empat (3) fasa dan kini memasuki bayaran fasa yang ketiga (3) pada tahun ini.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKAD RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025

Kerajaan menetapkan kelayakan penerima STR seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak);
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada pasangan (balu / duda / janda);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025

Layari pautan laman web rasmi mySTR di bawah dan ikuti panduan semakan kelayakan penerima Fasa 3 seperti berikut :

  1. Pada halaman utama mySTR, klik butang [Tutup] pada notis makluman terkini.
  2. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.

KADAR BAYARAN STR FASA 3 2025

Bayaran STR Fasa 3 adalah sebanyak kadar berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 3 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40)
RM150 hingga RM650
(bergantung jumlah anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000 (M40)
RM100 hingga RM300
(bergantung jumlah anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan STR, Kerajaan menyediakan dua (2) jenis kaedah bayaran seperti berikut :

  1. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat yang ditetapkan bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  2. Secara pengkreditan terus ke dalam akau bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat pada tarikh :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Penerima Sedia AdaAkan dikemaskini dari semasa ke semasa
Penerima BaharuAkan dikemaskini dari semasa ke semasa
*Tarikh di atas akan dikemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment