SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026 : SEMAK STATUS SEGERA
Kelayakan bantuan tambahan diperluaskan di mana semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih dan bukan eKasih akan turut menerima bantuan tambahan secara bulanan melalui bantuan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan tambahan rm1200 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA RAHMAH
BANTUAN TAMBAHAN 2026
Bantuan Tambahan ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada semua penerima STR sebagai bantuan tambahan untuk mengurangkan beban kos sara hidup penerima dan memenuhi keperluan asas penerima secara bulanan.
Program bantuan tambahan dilaksanakan seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Fungsi : Sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR;
- Kelayakan : Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus eKasih dan bukan eKasih, dimana kelayakan adalah secara automatik;
- Cara Memohon : Tiada permohonan diperlukan, hanya perlu berdaftar STR dan eKasih Sahaja.
- Tempoh Bantuan : Setiap Bulan (Bermula Januari sehingga Disember 2026);
- Kaedah Bayaran : Secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Manfaat : Boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN 2026
Syarat Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
KADAR KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN 2026
Selain daripada bantuan STR, penerima STR juga akan turut menerima bantuan tambahan (SARA) secara bulanan dengan kadar yang diberikan sebanyak :
- STR & EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM1,200 | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
- STR SAHAJA
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM600 | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN 2026
Status Kelayakan Bantuan Tambahan (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak Status Kelayakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semak Status Kelayakan di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN TAMBAHAN
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]