SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kelayakan penerima Bantuan MyKasih yang terbaru ditetapkan kepada dua (2) kumpulan penerima yang merangkumi rakyat Miskin, Miskin Tegar dan Asas Bukan Miskin. Ianya supaya lebih ramai rakyat yang dapat menikmati manfaat Bantuan MyKasih pada tahun ini.
Bagaimanakah semakan kelayakan MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Penerima MyKasih Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori :
- Isi Rumah;
- Warga Emas; dan
- Bujang.
- Berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa; dan
- Berdaftar dan tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar sehingga 31 Oktober 2024.
Penerima MyKasih Status ‘Asas Bukan Miskin’ :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas.
- Berpendapatan bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui kelayakan yang lebih lanjut, sila buat semakan pada Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di atas.
- Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Isikan ruangan Nombor MyKad* dengan nombor kad pengenalan anda tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN MYKASIH 2025
Kadar bayaran Bantuan MyKasih adalah berbeza bergantung kelayakan setiap kategori penerima berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- RM100 sebulan (Januari – Mac) dan RM200 sebulan (April – Disember)
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin :
- RM100 sebulan (April – Disember)
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
- RM100 sebulan (Januari – Mac) dan RM150 sebulan (April – Disember)
- Warga Emas Asas Bukan Miskin :
- RM50 sebulan (April – Disember)
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
- RM50 sebulan (Januari – Disember)
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
TARIKH BAYARAN TERKINI MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih yang terkini adalah pada tarikh berikut :
- Bermula 01 Jun 2025 (Ahad).
*Dibayar secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) penerima yang layak.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.