SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 SEBULAN)

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 SEBULAN)

Kerajaan Sabah melaksanakan Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi membantu golongan B40 di Negeri Sabah, khususnya Miskin dan Miskin Tegar, dengan pemberian bantuan bulanan RM300 untuk meringankan beban kewangan serta kos sara hidup yang dihadapi.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan sabah 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: CEK BANTUAN SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 SETIAP BULAN)

APA ITU BANTUAN SABAH

Melalui Belanjawan Sabah 2025, Kerajaan Sabah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan peruntukan RM358.5 juta untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup.

Program ini menawarkan bantuan bulanan RM300 selama setahun kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar, termasuk Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga berumur 18 tahun ke atas.

Pada fasa pertama, lebih 100,000 penerima dijangka menerima manfaat daripada inisiatif ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
  • Menetap di Negeri Sabah;
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
  • Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH

Semakan status dan cara penyaluran bantuan masih belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.

JUMLAH BANTUAN SABAH 2025

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM 300
(Sebulan)

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN SABAH DAN SEMAKAN

Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:

BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Pembayaran dijangka akan bermula Februari 2025.

Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/

Leave a Comment