SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Seiring dengan peningkatan kadar peruntukan yang disasarkan, jumlah penerima dan Bantuan MyKasih yang diagihkan kepada setiap penerima yang layak juga bertambah sehingga 75 peratus (%) berbanding tahun lalu.

Bagaimanakah semakan kelayakan Bantuan MyKasih? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET SEMAK KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)

JUMLAH PENERIMA LAYAK BANTUAN MYKASIH

Jumlah penerima Bantuan MyKasih bertambah pada setiap tahun, seperti berikut :

TAHUN PELAKSANAANJUMLAH PENERIMA
20230.2 juta
(Penerima Miskin Tegar)
20240.5 juta
(Penerima Miskin & Miskin Tegar)
20255.4 juta
(Penerima Miskin, Miskin Tegar &
Asas Bukan Miskin)

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Ketahui kelayakan anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKasih melalui semakan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SISTEM AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025

Agihan Bantuan MyKasih adalah melalui sistem berikut :

  1. Penerima dipilih dan disahkan layak sebagai penerima ‘Bantuan SARA MyKasih’.
  2. Akaun akan dibuka berdasarkan kad pengenalan penerima.
  3. Bantuan MyKasih akan diagihkan ke dalam kad pengenalan penerima pada setiap bulan secara automatik.

NILAI AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih diagihkan dengan nilai yang berbeza bergantung kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMANILAI AGIHAN
BANTUAN MYKASIH
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal ada anak)
RM2,100 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM1,650 setahun
BUJANG
(Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak)
RM600 setahun
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMANILAI AGIHAN
BANTUAN MYKASIH
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal ada anak)
RM900 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM450 setahun
BUJANG
(Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak)

SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKASIH 2025

Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam kad pengenalan penerima boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TEMPOH AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025

Agihan Bantuan MyKasih pada tahun ini adalah selama tempoh 9 bulan sehingga 12 bulan (bergantung kelayakan penerima) seperti berikut :

TEMPOH AGIHAN
KEPADA PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
TEMPOH AGIHAN
KEPADA PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
Diagihkan setiap bulan
selama 12 bulan
Diagihkan setiap bulan
selama 9 bulan
Bermula 15 Januari 2025
sehingga 1 Disember 2025
Bermula 1 April 2025
sehingga 1 Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment