SEMAKAN EKASIH BANTUAN SARA : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULANAN

SEMAKAN EKASIH BANTUAN SARA : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULANAN

Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang mendaftar serta tersenarai dalam rekod data eKasih akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan SARA secara bulanan dengan kadar yang lebih tinggi berbanding yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.

Bagaimanakah semakan eKasih Bantuan SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSTR 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU EKASIH BANTUAN SARA

EKasih adalah merupakan pangkalan data yang mengandungi senarai rakyat Miskin dan Miskin Tegar. Data eKasih digunakan oleh pihak Kerajaan dan agensi terlibat untuk agihan bantuan bagi program pembasmian kemiskinan.

Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan Miskin dan Miskin Tegar memenuhi keperluan asas. Agihan Bantuan SARA adalah secara bulanan dengan kadar yang tinggi kepada penerima eKasih.

KADAR EKASIH BANTUAN SARA

Berikut merupakan perbezaan kadar Bantuan SARA kepada penerima daftar eKasih dan kepada penerima bukan eKasih :

KATEGORIPENERIMA
DAFTAR EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400 setahun
(RM200 setiap bulan)
RM1,200 setahun
(RM100 setiap bulan)
Warga EmasRM1,800 setahun
(RM150 setiap bulan)
RM600 setahun
(RM50 setiap bulan)
BujangRM1,200 setahun
(RM100 setiap bulan)
RM600 setahun
(RM50 setiap bulan)

SYARAT KELAYAKAN EKASIH BANTUAN SARA

Penerima Bantua SARA eKasih adalah dipilih berdasarkan syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah (KIR)
dan
Ahli Isi Rumah (AIR)
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Bujang / balu / bercerai
Kadar
Pendapatan
Bulanan
Pendapatan bawah Garis
Kemiskinan (PGK)
semasa
Status
Permohonan STR
Lulus Fasa 1 2026 ✅
*Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

SEMAKAN EKASIH BANTUAN SARA

Status pendaftaran eKasih boleh disemak secara online mengikut panduan di bawah :

  • Cara Semakan Pendaftaran eKasih :
    1. Sila klik pada pautan eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
    2. Portal Rasmi eKasih akan dipaparkan.
    3. Layarkan skrin ke bawah.
    4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda tanpa sengkang (-).
    5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan.
    6. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
    7. Status pendaftaran eKasih anda akan dipaparkan.
    8. Selesai.

Oleh kerana Bantuan SARA diberikan secara automatik tanpa sebarang permohonan, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara online mengikut panduan di bawah :

  • Cara Semakan Kelayakan Bantuan SARA :
    1. Sila klik pada pautan SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
    2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
    3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
    4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda tanpa sengkang (-).
    5. Tandakan [ ] verify you are human.
    6. Klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
    8. Selesai.

CARA PENYALURAN BAYARAN BANTUAN SARA

Jika status disahkan ‘Layak’, anda akan menerima penyalurkan bayaran Bantuan SARA melalui cara berikut :

JENIS BAYARANCARA PENYALURAN
Bayaran Setiap BulanDisalurkan secara tanpa tunai
setiap bulan (12 bulan)
terus ke dalam Kad Pengenalan
anda dan boleh digunakan untuk
pembelian barang keperluan asas
Bayaran SekaligusDisalurkan secara tanpa tunai
sekaligus (1 bulan)
terus ke dalam Kad Pengenalan
anda dan boleh digunakan untuk
pembelian barang keperluan asas

RUJUKAN LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih, sila ajukan kepada pihak berwajib melalui talian atau laman yang tertera di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment