SEMAKAN EKASIH 2025 ONLINE : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Manfaat yang dapat daripada pendaftaran eKasih adalah penerima akan menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan dengan nilai yang tertinggi supaya dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup semasa.
Bagaimanakah semakan eKasih secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN MASUK STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
PENGENALAN EKASIH 2025
eKasih bukanlah bantuan/program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data e-Kasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan nilai tertinggi.
NILAI BAYARAN EKASIH 2025
Berikut merupakan nilai bayaran Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih :
- Bayaran SARA kepada daftar eKasih :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM1,650 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
- Bayaran SARA kepada bukan eKasih :
- Isi Rumah : RM900 setahun.
- Warga Emas : RM450 setahun.
- Bujang : Tiada
TEMPOH BAYARAN EKASIH 2025
Pembayaran Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih adalah selama tempoh berikut :
TEMPOH BAYARAN SARA (PENERIMA DAFTAR EKASIH) | TEMPOH BAYARAN SARA (PENERIMA BUKAN EKASIH) |
---|---|
Dibayar setiap bulan selama 12 bulan | Dibayar setiap bulan selama 9 bulan |
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAKAN EKASIH 2025 ONLINE
Status kelayakan pendaftaran eKasih boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih2.icu.gov.my.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN SARA EKASIH 2025 ONLINE
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima SARA, ikuti cara semakan secara online seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Nak buat lesen kereta nak lunas hutang suami nk bantu zakat miskin
Anak 2 org sudah berkwin