SEMAKAN DUIT STR 2026 : FASA 2

SEMAKAN DUIT STR 2026 : FASA 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan inisiatif berterusan kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup, khususnya golongan B40 dan M40. Bantuan ini dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan disalurkan secara berfasa sepanjang tahun. Bagi Fasa 1, pembayaran telah mula diterima oleh pemohon yang lulus sama ada melalui pengkreditan terus ke akaun bank atau penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

Memasuki Fasa 2 STR 2026, pembayaran dijangka diteruskan kepada penerima yang layak termasuk mereka yang telah dikemas kini status permohonan atau belum menerima bayaran sebelum ini. Jumlah bantuan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan pendapatan, manakala kaedah pembayaran masih dikekalkan melalui akaun bank atau tuntutan tunai di BSN bagi memastikan bantuan sampai kepada semua penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan duit STR? Ikuti panduan semakan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA: BANTUAN KASIH JOHOR : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN FASA 3 2026

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Pihak kerajaan menetapkan syarat kelayakan tertentu bagi menerima bantuan duit STR 2026. Sila buat semakan di sini syarat kelayakan menerima duit STR 2026:

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi Rumah (STR & SARA)– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
– Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang (SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
– Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH DUIT STR FASA 2 2026

Bagi Fasa 2, jumlah duit STR yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah sebanyak berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan Kasar RM2,500 dan Ke Bawah
Bilangan AnakJumlah Bayaran
(RM)
Fasa 1
(RM)
Fasa 2
(RM)
Fasa 3
(RM)
Fasa 4
(RM)
0700200150 – 600
1 – 21,200300150 – 600
3 – 41,700400150 – 600
5 atau lebih2,200500150 – 600
  • Isi Rumah Berpendapatan Kasar RM2,501 ke RM5,000
Bilangan AnakJumlah Bayaran
(RM)
Fasa 1
(RM)
Fasa 2
(RM)
Fasa 3
(RM)
Fasa 4
(RM)
0200100100 – 250
1 – 2450100100 – 250
3 – 4700200100 – 250
5 atau lebih950250100 – 250
  • Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar RM5,000 dan Ke Bawah
Jumlah Bayaran
(RM)
Fasa 1
(RM)
Fasa 2
(RM)
Fasa 3
(RM)
Fasa 4
(RM)
600150150
  • Bujang Berpendapatan Kasar RM2,500 dan Ke Bawah
Jumlah Bayaran
(RM)
Fasa 1
(RM)
Fasa 2
(RM)
Fasa 3
(RM)
Fasa 4
(RM)

TARIKH TERIMA DUIT STR FASA 2 2026

Tarikh terima duit STR 2026 bagi Fasa 2 adalah seperti berikut:

FASATARIKH TERIMA DUIT STR
Fasa 2 202610 Mac 2026 – Penerima Lama
30 Mac 2026 – Penerima Baharu

PLATFORM TERIMA DUIT STR 2026

Terdapat dua (2) platform terima duit STR yang disediakan oleh pihak Kerajaan untuk memudahkan penerima mendapat bayaran, iaitu:

JENIS PENERIMAPLATFORM TERIMA DUIT STR 2026
Penerima mempunyai
akaun bank penerima
Bayaran secara IBG Fund Transfer
terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan
Penerima tiada akaun bank
atau
status ‘Gagal Kredit’
Bayaran secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
yang terdekat dengan penerima

TARIKH TERIMA DUIT STR 2026

Duit bantuan STR akan diterima oleh pemohon yang layak pada tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti berikut:

FASA-FASATARIKH TERIMA DUIT STR 2026
Fasa 1Bermula 20 Januari 2026
dan berperingkat
Fasa 2Bermula 10 Mac 2026
dan berperingkat
Fasa 3Dijangka Ogos 2026
Fasa 4Dijangka November 2026
*Tarikh bayaran untuk Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini semula mengikut pengumuman rasmi oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

JUMLAH DUIT STR 2026

Jumlah duit STR untuk tahun 2026 telah ditetapkan bagi setiap kategori penerima sebanyak berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 dan Ke Bawah
Tiada anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600
BujangDiganti dengan bayaran
Bantuan SARA
*Untuk tahu berapa jumlah duit STR untuk setiap fasa (termasuk Fasa 2), pemohon perlu semak melalui laman rasmi STR.

SEMAKAN DUIT STR 2026

Status kelayakan permohonan, status bayaran dan jumlah duit STR yang layak diterima, boleh dibuat semakan secara online mengikut panduan berikut:

  1. Sila layari laman rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status bayaran duit bantuan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Talian Rasmi STR : 03 8882 4565 / 4566
  • E-mel Rasmi STR : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Segala info yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment