SEMAKAN DUIT MYKASIH SARA FASA MAC 2026 : ADAKAH LAYAK TERIMA ATAUPUN TIDAK
Kini Bantuan MyKasih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) memasuki bayaran fasa ketiga (3) iaitu pada bulan Mac yang layak terima oleh kategori isi rumah, warga emas dan bujang daripada golongan miskin, miskin tegar dan juga bukan miskin.
Bagaimanakah semakan duit MyKasih SARA Fasa Mac? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK BAKI & CARA GUNA SUBSIDI
JUMLAH DUIT MYKASIH SARA FASA MAC 2026
Berikut merupakan jumlah duit MyKasih SARA yang dibayar untuk Fasa Mac kepada setiap kategori :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM200 / setiap penerima |
| Asas Bukan Miskin | RM100 / setiap penerima |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM150 / setiap penerima |
| Asas Bukan Miskin | RM50 / setiap penerima |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM100 / setiap penerima |
| Asas Bukan Miskin | RM50 / setiap penerima |
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA FASA MAC 2026
Setiap kategori akan menerima pembayaran duit Bantuan MyKasih SARA untuk Fasa Mac pada tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | 1 Mac 2026 (Ahad) |
| Warga Emas | 1 Mac 2026 (Ahad) |
| Bujang | 1 Mac 2026 (Ahad) |
TEMPOH GUNA DUIT MYKASIH SARA FASA MAC 2026
Namun, setiap penerima perlu mengetahui bahawa duit Bantuan MyKasih SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan mempunyai tempoh sah guna selama berikut :
| TARIKH MULA GUNA | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| 1 Mac 2026 | 10 bulan | 31 Disember 2026 |
CARA GUNA DUIT MYKASIH SARA 2026
Bagi yang belum menggunakan duit Bantuan MyKasih SARA, ikuti cara guna yang mudah seperti berikut :
- Kunjungi premis terpilih MyKasih SARA yang berhampiran anda.
- Pilih barang keperluan yang mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga.
- Berikan Kad Pengenalan anda kepada juruwang yang bertugas.
- Juruwang akan sahkan kelayakan dan baki bantuan yang ada.
- Setiap barang keperluan yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Transaksi pembelian akan disahkan guna Kad pengenalan anda.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
SEMAKAN DUIT MYKASIH SARA FASA MAC 2026
Ketahui kelayakan sebagai penerima duit Bantuan MyKasih SARA untuk Fasa Mac melalui semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Fasa Mac akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.