SEMAKAN DUIT EKASIH 2026 : STATUS LAYAK ATAU TIDAK & BAYARAN BANTUAN
Kadar kelayakan duit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 400,000 penerima eKasih akan dikreditkan mengikut kategori kelayakan masing-masing melalui pengkreditan dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan kelayakan dan amaun duit sara ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK BANTUAN KASIH JOHOR : FASA 3 2026 STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 |
SEMAKAN AMAUN DUIT SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dikreditkan setiap bulan (selama 12 bulan) kepada penerima yang layak dengan amaun seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM2,400 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 |
KAEDAH PENGKREDITAN DUIT SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut kaedah berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa Tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
TARIKH & JADUAL PENGKREDITAN DUIT SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 dilaksanakan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| BULAN PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|
| Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/3036 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | Sah sehingga 31/12/2026 |
SEMAKAN STATUS SARA EKASIH 2026
Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN EKASIH 2026
Status kelayakan pendaftaran eKasih boleh di semak seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
PERMOHONAN SARA EKASIH 2026
Untuk melayakkan anda menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih, anda perlu membuat permohonan seperti berikut :
- Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Lulus;
- Pendaftaran Sistem eKasih, Miskin dan Miskin Tegar – Berstatus Lulus.
Sekiranya permohonan dan pendaftaran anda berjaya, anda menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026