SEMAKAN DIVIDEN ASB LOAN : CARA SEMAK JUMLAH AGIHAN KEUNTUNGAN DIVIDEN 2025
Penerima manfaat Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) iaitu pemegang unit ASB adalah direkodkan seramai 11.4 juta yang akan terima manfaat Dividen sebanyak 5.75 sen seunit dan bayaran tersebut dianggarkan mencecah sehingga RM10.4 billion.
Bagaimanakah semakan Dividen ASB Loan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
PENGENALAN DIVIDEN ASB LOAN
ASB Loan adalah merupakan pembiayaan bank untuk membeli unit ASB (Amanah Saham Bumiputera) dalam jumlah yang besar dan pemegang unit perlu membayar ansuran bulanan kepada bank dan ianya akan menjana keuntungan setiap tahun.
Namun, Dividen ASB adalah merupakan kadar keuntungan yang diberikan kepada pemegang unit ASB biasa berdasarkan jumlah purata baki simpanan yang ada dalam akaun ASB selama setahun dari Januari hingga Disember tanpa potongan cukai.
JUMLAH AGIHAN DIVIDEN ASB LOAN
Jumlah Dividen ASB untuk tahun 2025 adalah merupakan kedua tertinggi sepanjang 5 tahun (dari 2020 hingga 2025) yang direkodkan. Berikut merupakan jumlah agihan Dividen ASB untuk tahun 2025 dan tahun-tahun sebelum ini :
| TAHUN AGIHAN | JUMLAH DIVIDEN ASB (%) |
|---|---|
| 2025 | 5.75 |
| 2024 | 5.75 |
| 2023 | 5.25 |
| 2022 | 4.60 |
| 2021 | 5.00 |
| 2020 | 4.25 |
SEMAKAN DIVIDEN ASB LOAN
Seramai 11.4 juta pemegang unit ASB boleh menyemak Dividen ASB berapa jumlah yang dapat dan boleh juga semak sama ada telah dikreditkan atau belum dalam akaun ASNB. Ikuti cara semak yang mudah seperti berikut :
- Buka aplikasi myASNB atau layari Portal Rasmi ASNB di pautan ini : https://www.asnb.com.my/V2/asnbv2_0index.php.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan ID pengguna beserta [Kata Laluan].
- Klik pada menu [Akaun Saya] untuk melihat senarai pelaburan.
- Kemudian, klik pada [Penyata Kewangan] untuk melihat Dividen dan Bonus yang dikreditkan untuk tahun 2025.
- Klik butang [Cetak] untuk cetak keluar atau klik [Save dalam PDF] untuk simpan penyata tersebut.
- Selesai.
CARA PENGIRAAN DIVIDEN ASB
Dividen ASB akan diberikan dengan jumlah yang berbeza berdasarkan purata baki. Oleh itu, setiap pemegang unit ASB juga boleh mengira berapa Dividen ASB yang akan diperolehi untuk tahun 2025. Berikut adalah cara pengiraan yang mudah untuk tahu jumlah Dividen yang dapat :
| LANGKAH | CARA PENGIRAAN | CONTOH |
|---|---|---|
| 1. | Dapatkan Baki Minimum Bulanan (BMB) iaitu baki terendah dalam akaun untuk 12 bulan (1 hari bulan hingga hujung bulan) | Baki Minimum : Januari = RM200 Februari = RM600 Mac = RM3,000 April = RM5,000 dan seterusnya sehingga Disember = RM6,000 |
| 2. | Tambahkan Baki Minimum Bulanan (BMB) setiap bulan (dari Januari hingga Disember) | RM200 + RM600 + RM3,000 + RM5,000 dan seterusnya sehingga Disember + RM6,000 = RM20,000 |
| 3. | Bahagikan jumlah keseluruhan Baki Minimum Bulanan (BMB) kepada 12 (untuk dapat jumlah Baki Minimum Tahunan) | 12 bulan = RM20,000 bahagi 12 = RM1,666.67 |
| 4. | Darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar Dividen ASB iaitu 5.75 sen | RM1,666.67 x 5.75% = RM95.83 |
TARIKH PENANGGUHAN URUSAN ASB
Bagi tujuan pengiraan dan penutupan akaun tahunan, semua urusan sama ada pengeluaran atau penambahan perlu ditangguhkan. Berikut adalah jadual tarikh penangguhan urusan ASB untuk tahun 2025 :
| PLATFORM URUSNIAGA ASB | TARIKH TUTUP SEMENTARA | TARIKH BUKA SEMULA |
|---|---|---|
| Aplikasi myASNB | 28 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025 | 1 Januari 2026 |
| Kaunter ASNB, Ejen ASNB dan Transaksi Penukaran | 26 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025 | 2 Januari 2026 |
PERINCIAN LANJUT ASB
Dalam artikel ini Kami hanya menyediakan maklumat berkaitan ASB berdasarkan maklumat daripada pihak Kerajaan. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan maklumat Dividen ASB, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Pusat Khidmat Pelanggan ASNB :
- 03 7730 8899
- Alamat e-mel rasmi :