SEMAKAN BTR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN BTR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bagi membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam menjalani kehidupan seharian, Program bantuan tunai, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan bagi tahun 2026. Permohonan bantuan kini dibuka, dan semakan status kelayakan juga boleh dilakukan di Portal Rasmi STR.

Bagaimanakah semakan btr 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN MYSARA 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BTR?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah inisiatif Kerajaan MADANI dalam bentuk tunai kepada golongan yang memerlukan, serta berpendapatan rendah dan sederhana termasuk golongan B40 dan M40.

Tujuan pelaksaaan bantuan adalah untuk meringankan beban rakyat dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.

Bantuan ini dilaksanakan secara Empat (4) Fasa, dan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima, disertakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai tambahan bulanan dalam bentuk keperluan asas bagi menampung perbelanjaan bulanan.

SYARAT KELAYAKAN BTR 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

AMAUN KELAYAKAN BTR 2026

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA KADAR MAKSIMUM BAYARAN
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM 600
Bujang

KADAR TAMBAHAN BTR 2026

Jumlah Tambahan kepada STR 2026, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA KADAR MAKSIMUM BAYARAN
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
(Berstatus eKasih)
Tiada Anak : RM2,400
1 hingga 2 Anak : RM2,400
3 hingga 5 Anak : RM2,400
5 Anak dan Ke atas : RM2,400
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM1,200
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,200
5 Anak dan Ke atas : RM1,200
Warga emas tiada pasanganRM 600
BujangRM 600

SEMAKAN BTR 2026

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, secara online adalah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BTR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment