SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu yang disahkan ‘Layak’ akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 melalui kaedah, jumlah dan pada tarikh yang berbeza-beza mengikut status kelayakan.

Bagaimanakah semakan bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA RM100 MYKAD : SEMAKAN STATUS  LAYAK ATAU TIDAK

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada penerima adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  1. Pengambilan tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang :
    • Tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
  2. Pengkreditan terus melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ ke dalam akaun bank milik penerima / pasangan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Tiada anak : RM150.
    • 1 – 2 anak : RM300.
    • 3 – 4 anak : RM500.
    • 5 anak ke atas : RM650.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
    • Tiada anak : RM100.
    • 1 – 2 anak : RM200.
    • 3 – 4 anak : RM250.
    • 5 anak ke atas : RM300.

KATEGORI BUJANG :

  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
    • RM150 setiap individu.
  • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) :
    • RM150 setiap individu.

*Penerima baharu perlu menyemak jumlah bayaran yang akan diterima di laman web rasmi STR.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan dibayar pada bulan Ogos 2025. Namun, tarikh bayaran rasmi belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya telah diumumkan, pihak kami akan kemaskini semula maklumat tarikh bayaran yang rasmi.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025

Berikut merupakan cara semakan status dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 melalui laman web rasmi :

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (mySTR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment