SEMAKAN BAYARAN STR FASA 2 2026 – ADAKAH TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 2 2026 – ADAKAH TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

Setakat ini, seramai 5 juta penerima sedia ada yang disahkan layak telah menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dan lagi 200,000 ribu penerima baharu akan menerima bayaran tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan bayaran STR Fasa 2 telah dikreditkan atau belum? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN BULANAN JKM 2026 : SEMAK SENARAI, JUMLAH & KELAYAKAN PENERIMA

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026

Setiap kategori penerima yang layak, akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 dengan jumlah yang dianggarkan sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR FASA 2 2026
Isi Rumah B40RM150 (0 anak)
RM300 (1-2 anak)
RM450 (3-4 anak)
RM600 (>5 anak)
Isi Rumah M40RM100 (0 anak)
RM100 (1-2 anak)
RM150 (3-4 anak)
RM250 (>5 anak)
Warga EmasRM150
Bujang

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Bayaran Bantuan STR Fasa 2 dilaksanakan pada tarikh berasingan kepada penerima sedia ada dan penerima baharu seperti jadual berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
TARIKH BAYARAN
STR FASA 2
STATUS BAYARAN
Sedia adaBermula
10 Mac 2026
dan
berperingkat
Telah dibayar ✅
BaharuBermula
30 Mac 2026
dan
berperingkat
Bakal dibayar ⌚

MEDIUM BAYARAN STR FASA 2 2026

Terdapat dua (2) medium bayaran Bantuan STR Fasa 2 yang disediakan mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN
STR FASA 2 2026
Mempunyai akaun bankPengkreditan secara tunai
melalui sistem ‘IBG Credit Fund’
terus ke dalam akaun bank
yang didaftarkan semasa
permohonan STR
Tiada maklumat akaun bankPenunaian di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional
(BSN) yang terdekat

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 2 2026

Bagi yang ingin mengetahui sama ada bayaran Bantuan STR Fasa 2 telah dikreditkan atau belum, sila buat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
  2. Pada halaman utama tersebut, klik butang [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900330112345.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  6. Terus klik butang [Ya] jika betul.
  7. Masukkan Kata Laluan anda yang sah.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Profil permohonan anda akan dipaparkan.
  10. Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan :
    • “Telah Dikreditkan”; atau
    • “Dalam Proses Kredit”; atau
    • “Gagal Kredit”.
  12. Selesai.

*Jika status dipaparkan “Gagal Kredit”, penerima perlu menuntut bayaran di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment