SEMAKAN BAYARAN STR 2025 (FASA 4)
Inisiatif bantuan kewangan khas iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini (2025) memasuki peringkat pembayaran yang terakhir iaitu Fasa empat (4) melibatkan peruntukan sehingga RM2 billion untuk disalurkan kepada hampir sembilan (9) juta penerima sedia ada dan penerima baharu.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui kaedah, waktu, tarikh, amaun dan cara semakan bayaran dan status kelayakan sebagai penerima STR yang jelas di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

🧾KAEDAH TERIMA STR 2025
Supaya Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus sampai kepada rakyat, Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran mengikut jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank.
Berikut merupakan dua (2) kaedah bayaran STR :
JENIS PENERIMA | KAEDAH TERIMA BAYARAN STR |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dibayar melalui kaedah IBG Fund Transfer terus ke dalam akaun bank penerima |
Penerima Tiada Akaun Bank/ Status “Gagal Kredit” / Penerima Pedalaman Sabah & Sarawak | Dibayar melalui kaedah tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
⏰WAKTU BAYARAN STR 2025
Waktu pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu kerana ianya melalui sistem bayaran IBG Fund Transfer yang memerlukan masa selama tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
Berikut merupakan anggaran waktu bayaran STR masuk dalam akaun bank penerima :
BIL. | JENIS BANK | WAKTU BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6:00 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8:00 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8:00 malam |
4. | Ambank | Selepas 9:00 malam |
5. | Maybank | Selepas 9:00 malam |
6. | CIMB Bank | Selepas 9:00 malam |
7. | Bank Muamalat | Selepas 10:00 malam |
8. | Lain-lain bank | Selepas 10:00 malam |
💰AMAUN BAYARAN STR 2025
Kerajaan membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima melihat kepada kategori kelayakan dan jumlah tanggungan oleh pemohon supaya ianya cukup untuk menampung kos sara hidup.
Pembayaran Bantuan STR penuh bagi tahun 2025 adalah sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 & ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 & ke atas : RM1,250 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
Bujang | RM600 |
Berikut pula amaun bayaran untuk Fasa 4 :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 5 & ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM100 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 & ke atas : RM350 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
🗓️TARIKH BAYARAN STR 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa supaya dapat membantu rakyat secara ansur-ansur bagi sepanjang tahun.
Berikut merupakan tarikh bayaran STR bagi tahun 2025 :
FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos – 21 Ogos 2025 |
Fasa 4 | 18 Oktober – ** Oktober 2025 |
📝 SEMAKAN BAYARAN STR 2025
Status kelayakan dan maklumat bayaran yang tepat hanya boleh disemak oleh pemohon melalui laman web Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.
Ikuti cara semakan Bantuan STR seperti berikut :
- Sila klik pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi dan maklumat terkini. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]