SEMAKAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Isi rumah, warga emas dan golongan bujang yang disahkan status ‘layak’ sebagai penerima Bantuan MyKasih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) akan menerima bayaran yang seterusnya dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan.

Bagaimanakah semakan bayaran MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MEDIUM BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih SARA telah diselaraskan kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk penerima di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan yang mana medium bayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima.

TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Bantuan MyKasih SARA dibayar pada setiap bulan mengikut pada tarikh seperti berikut :

  • Bayaran Kepada Penerima Sedia Ada :
    • Bermula 15 Januari 2025 dan setiap 1 hari bulan pada setiap bulan sehingga 1 Disember 2025.
  • Bayaran Kepada Penerima Baharu :
    • Bermula 1 April 2025 dan setiap 1 hari bulan pada setiap bulan sehingga 1 Disember 2025.

JUMLAH BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan MyKasih SARA yang berbeza seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Isi Rumah : RM100 (Jan – Mac) RM200 (April – Disember).
    • Warga Emas : RM100 (Jan – Mac) RM150 (April – Disember).
    • Bujang : RM50 (Jan – Disember)
  • Penerima Baharu :
    • Isi Rumah : RM100 (April – Disember).
    • Warga Emas : RM50 (April – Disember).

SEMAKAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025

Oleh kerana bayaran Bantuan MyKasih SARA melalui kad pengenalan penerima, semakan boleh dibuat secara online menerusi aplikasi berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK MYKASIH SARA 2025

Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA pula boleh disemak melalui pautan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment