SEMAKAN BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH TERKINI

SEMAKAN BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH TERKINI

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa November telah dilaksanakan dan sebahagia daripad penerima telah menggunakan duit bantuan yang ada dalam IC untuk beli barang-barang keperluan asas di lebih 7,800 kedai serta pasaraya seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan bayaran duit Bantuan SARA dalam IC Fasa November? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSTR TAMBAHAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026 & PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON

SEMAKAN BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Status bayaran duit Bantuan SARA sama ada telah dikreditkan atau belum dalam IC penerima untuk Fasa November boleh disemak secara online mengikut panduan lengkap seperti di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Bantuan SARA untuk Fasa November dikreditkan dalam IC penerima dengan kadar yang berbeza mengikut kelayakan penerima miskin dan bukan miskin seperti berikut :

  • Jumlah bayaran Bantuan SARA dalam IC penerima Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN SARA DALAM IC
Isi RumahRM200 / November
Warga EmasRM150 / November
BujangRM50 / November
  • Jumlah bayaran Bantuan SARA dalam IC penerima Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN SARA DALAM IC
Isi RumahRM100 / November
Warga EmasRM50 / November
Bujang

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Berdasarkan jadual bayaran Bantuan SARA, Kerajaan akan mengkreditkan bayaran Bantuan SARA dalam IC 5.4 juta penerima pada tarikh yang sama sekaligus untuk Fasa November seperti tarikh berikut :

  • 1 November 2025 (Sabtu).

APA BOLEH BELI GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC

Terdapat 14 kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan duit Bantuan SARA yang ada dalam IC, antaranya ialah ;

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa – sos cili, kicap, gula, garam & sebagainya.
  • Produk penjagaan diri.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.
  • Produk kebersihan rumah.

CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Berikut dikongsikan cara-cara guna duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC penerima :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli berdasarkan label SARA.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment