SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : HANYA PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR
Salah satu usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani isu kemiskinan tegar di Negeri Sabah adalah dengan meneruskan Program Bantuan Bersasar melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi membantu golongan memerlukan.
Bagaimanakah semakan bantuan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH 2026 TERBARU : SEMAK BARANGAN BANTUAN SARA ONE-OFF YANG BOLEH DIBELI
BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Program Bantuan bersasar Kerajaan Negeri Sabah melalui Sentuhan Kasih Rakyat diteruskan untuk membantu 10,000 rakyat miskin dan miskin tegar Sabah, untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi.
Bantuan ini akan diberikan kepada rakyat Sabah yang memerlukan berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah).
TUJUAN PELAKSANAAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Pelaksanaan Bantuan Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
Memenuhi salah satu syarat berikut :
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Kategori Miskin :
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
Kategori Miskin Tegar :
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
| FASA BAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Fasa 1 | RM900 |
| Fasa 2 | RM900 |
| Fasa 3 | RM900 |
| Fasa 4 | RM900 |
Tarikh rasmi pembayaran belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Kemudian, Tekan Butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq