SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Pendekatan Bantuan Sara Rahmah yang disalurkan secara bersasar dalam bentuk barangan asas dapat membantu rakyat yang benar-benar memerlukan serta dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat secara berperingkat.

Bagaimanakah semakan Bantuan Sara Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

KELAYAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan Sara Rahmah, iaitu :

  • Penerima Berdaftar STR dan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang;
      • Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Berdaftar STR sahaja :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan Sara Rahmah yang disalurkan sepanjang tahun 2025 mengikut kelayakan penerima :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH
BANTUAN SARA RAHMAH
Isi Rumah STR dan e-KasihRM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
Isi Rumah STR SahajaRM900 setahun
(RM100 sebulan)
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH
BANTUAN SARA RAHMAH
Warga Emas STR dan e-KasihRM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
Warga Emas STR SahajaRM450 setahun
(RM50 sebulan)
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH
BANTUAN SARA RAHMAH
Bujang STR dan e-KasihRM600 setahun
(RM50 sebulan)

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Ikuti panduan lengkap cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara Rahmah melalui pautan Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA AGIHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Bagi memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakan Bantuan Sara Rahmah, Kerajaan mengagihkan bantuan secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan (IC) kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk juga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kemudian, Bantuan Sara Rahmah yang diagihkan menerusi kad pengenalan (IC) boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan anak setiap bulan.

TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Agihan Bantuan Sara Rahmah adalah pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment