SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH)

SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH)

Terkini! Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi untuk tahun 2026, disertakan penambahbaikan dimana syarat kelayakan penerima diperluaskan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini untuk tahun 2026.

Bagaimanakah semakan bantuan sara 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH MULA DIKREDITKAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA STR 2026
(BUKAN EKASIH)
KADAR KELAYAKAN SARA 2026
Isi rumah
berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,200
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,200
5 Anak dan Ke atas : RM 1,200
Isi rumah
berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 1,200
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,200
5 Anak dan Ke atas : RM 1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM 600
BujangRM 600

SEMAKAN BANTUAN SARA 2026

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal MySTR; dan
  • Portal SARA

Cara semakan status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

Cara semakan status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026:

  1. Bila tarikh pembayaran SARA 2026 akan bermula?
    • Tarikh rasmi pembayaran SARA belum diumumkan oleh pihak MOF, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  2. Bagaimanakah cara semakan status kelayaka SARA 2026?
    • Anda boleh membuat semakan status kelayakan, kadar bayaran yang layak diterima di Portal Rasmi Bantuan (Portal SARA atau Portal MySTR).
  3. Bagaimana jika belum tersenarai sebagai penerima?
    • Anda perlu membuat permohonan STR, dan kelayakan bantuan secara automatik jika anda lulus dan merupakan STR 2026.
  4. Adakah penerima STR 2026 automatik layak SARA 2026?
    • Ya. Semua penerima STR 2026 (penerima baharu atau penerima sedia ada) akan menerima SARA 2026 secara automatik.
  5. Bolehkah SARA digunakan untuk membeli barang selain keperluan asas yang diluluskan?
    • Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan asas yang diluluskan sahaja di kedai yang berdaftar di bawah Program SARA.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment