SEMAKAN BANTUAN RM2400 DALAM IC 2026 : SEMAK STATUS SEGERA

SEMAKAN BANTUAN RM2400 DALAM IC 2026 : SEMAK STATUS SEGERA

Golongan miskin tegar eKasih layak menerima bantuan di bawah program SARA melalui IC dengan kadar pembayaran sebanyak dua kali ganda berbanding tahun sebelum ini.

Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan mykad rm2400 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BILAKAH TARIKH SEMAK STR 2026 : UNTUK LAYAK TERIMA BAYARAN FASA 1

PENGENALAN BANTUAN DALAM IC

Bantuan MyKad merupakan bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai melalui barangan keperluan asas.

Kredit bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk digunakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan asas yang diluluskan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2026

Syarat kelayakan penerima bantuan dalam IC 2026 kategori eKasih, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Catatan : Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih akan menerima bantuan ini secara automatik.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN DALAM IC 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 eKasih akan memerima pembayaran melalui IC dengan kadar seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM2,400RM200 Sebulan
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800RM150 Sebulan
BujangRM1,200RM100 Sebulan

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN DALAM IC

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam IC penerima setiap bulan seperti berikut :

TARIKH MULA PROGRAMTARIKH AKHIR PROGRAM
Januari 2026Disember 2026
  • Kaedah Pembayaran : Bantuan SARA akan disalurkan melalui IC (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan;
  • Manfaat : Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan IC.

SEMAKAN BANTUAN RM2400 DALAM IC 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
      • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment