SEMAKAN BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Untuk sebarang urusan permohonan atau kemaskini atau semakan status sebagai peneima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 perlulah melalui Portal Rasmi MySTR 2026 yang baharu dibangunkan oleh Kerajaan untuk memudahkan urusan pemohon.

Bagaimanakah cara semakan Bantuan MySTR 2026? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : KEMASKINI BANTUAN STR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

MEDIUM BAYARAN BANTUAN MYSTR 2026

Untuk 2026, Kerajaan masih menggunakan medium bayaran yang sama seperti tahun sebelum ini kerana ianya dapat memudahkan rakyat menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Berikut merupakan medium bayaran Bantuan MySTR 2026 :

MEDIUM BAYARANJENIS PENERIMA
Dikreditkan dalam akaun bank
penerima / pasangan
Penerima yang mempunyai akaun
bank yang aktif serta mendaftar
dalam permohonan STR
Dibayar secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN)
Penerima yang tiada maklumat
akaun bank / status pengkreditan
‘Gagal Kredit’

AMAUN BANTUAN MYSTR YANG DIBAYAR 2026

Amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar pada tahun 2026 adalah sedikit berbeza dari tahun sebelum ini kerana terdapat tambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Berikut merupakan amaun Bantuan MySTR yang dibayar bersama Bantuan SARA bagi tahun 2026 :

  • Isi Rumah B40 :
    • Tiada anak : RM700 + RM1,200.
    • 1 – 2 anak : RM1,200 + RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM1,700 + RM1,200.
    • 5 anak ke atas : RM2,200 + RM1,200.

*Bagi penerima Isi Rumah B40 yang daftar eKasih akan terima tambahan Bantuan SARA sehingga RM2,400.

  • Isi Rumah M40 :
    • Tiada anak : RM200 + RM1,200.
    • 1 – 2 anak : RM450 + RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM700 + RM1,200.
    • 5 anak ke atas : RM950 + RM1,200.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan) :
    • Tiada anak yang tepati syarat : RM600 + RM600.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda :
    • Tiada anak yang tepati syarat : RM0 + RM600.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dilaksanakan secara empat (4) peringkat fasa. Namun tarikh bayaran masih belum diumumkan secara rasmi.

Berikut merupakan anggaran jadual bayaran Bantuan MySTR bagi tahun 2026 :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari 2026
Fasa 2Mac 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026

CARA SEMAKAN BANTUAN MYSTR 2026

Sebelum membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, semua penerima sedia ada dan pemohon baharu perlu mendaftar akaun MySTR.

Kemudian, ikuti cara semakan status di MySTR 2026 seperti berikut :

  1. Layari pautan portal rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Portal rasmi MySTR 2026 akan dipaparkan.
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  4. Masukkan No. MyKad pada ruang yang disediakan.
    • *pastikan tiada jarak dan tanpa sengkang (-).
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Seterusnya, klik butang [Ya] jika ‘Kata Kunci Keselamatan’ yang dipaparkan adalah betul.
  7. Masukkan Kata Laluan dengan betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Log masuk berjaya sekiranya ‘Dashboard MySTR’ dipaparkan.
  10. Untuk semakan status, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT MYSTR

Sila hubungi talian hotline atau hantarkan e-mel ke alamat di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Kerana pihak kami hanya menulis dan berkongsikan artikel ini untuk memudahkan capaian orang ramai berkaitan Bantuan Kerajaan.

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment