SEMAKAN BANTUAN MYKASIH SECARA ONLINE 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH SECARA ONLINE 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Kini, Bantuan MyKasih telah memasuki sesi bayaran yang seterusnya dan setiap 5.4 juta penerima yang disahkan ‘Layak’ akan mula menerima bayaran dengan kadar bermula sebanyak RM50 (minimum) sehingga RM200 (maksimum) bergantung kelayakan penerima.

Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih secara online? Sila rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS MYKASIH STR : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pihak Kerajaan telah menyelaraskan kaedah pembayaran Bantuan MyKasih kepada semua penerima seperti berikut :

NEGERI-NEGERI PENERIMAKAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
W.P Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor,
Pahang, Kelantan, Terengganu,
Melaka, Johor, Negeri Sembilan,
Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan
Bantuan MyKasih dibayar secara tanpa
tunai (cashless) melalui kad pengenalan
(MyKad) penerima pada setiap bulan
untuk pembelian barangan keperluan asas.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH SECARA ONLINE 2025

Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih, anda perlu layari laman web rasmi Portal MyKasih untuk semakan secara online. Ikuti panduan seperti berikut :

  1. Anda akan dipaparkan pada halaman utama Portal MyKasih.
  2. Seterusnya, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] di sebelah kanan portal.
  3. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan nombor Mykad* yang disediakan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH SECARA ONLINE 2025

Bantuan MyKasih dibayar secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad). Oleh itu, bayaran yang masuk dalam kad pengenalan hanya boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih.

Ikuti panduan semakan bayaran Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Sila muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui Apps Store / Google Play.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Seterusnya, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  7. Klik pada butang [Next] di bawah.
  8. Bayaran Bantuan MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pada bulan ini, Bantuan MyKasih dibayar kepada penerima dengan jumlah seperti berikut :

JUMLAH BAYARAN
BANTUAN MYKASIH
(PENERIMA DAFTAR E-KASIH)
JUMLAH BAYARAN
BANTUAN MYKASIH
(PENERIMA BUKAN E-KASIH)
ISI RUMAH : RM200ISI RUMAH : RM100
WARGA EMAS : RM150WARGA EMAS : RM50
BUJANG : RM50BUJANG : –

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment