SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bermula pada 1 April 2025, seramai 4.7 juta individu baharu yang layak menerima manfaat Bantuan MyKasih sebanyak RM100 dan kerajaan akan mengkreditkannya setiap bulan sehingga ke penghujung tahun.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH STR : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Berikut merupakan syarat penerima Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025

Cara pembayaran Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 telah diselaraskan kepada setiap penerima di seluruh negeri termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu bantuan dikreditkan secara automatik ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih sebanyak RM100 setiap bulan adalah ditetapkan pada tarikh berikut :

  • 01/04/2025 (Selasa) : RM100.
  • 01/05/2025 (Khamis) : RM100.
  • 01/06/2025 (Ahad) : RM100.
  • 01/07/2025 (Selasa) : RM100.
  • 01/08/2025 (Jumaat) : RM100.
  • 01/09/2025 (Isnin) : RM100.
  • 01/10/2025 (Rabu) : RM100.
  • 01/11/2025 (Sabtu) : RM100.
  • 01/12/2025 (Isnin) : RM100.

*Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment