SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)
Inisiatif bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) disalurkan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) adalah supaya dapat membantu memudahkan urusan rakyat untuk menerima serta menggunakan bantuan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN ONLINE : CARA SEMAKAN ONLINE MYKASIH DAN CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PENERIMA LAYAK BANTUAN MYKAD 2025
Berikut merupakan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan MyKad bagi tahun 2025 :
- 700,000 ribu penerima sedia ada merangkumi golongan :
- Isi Rumah;
- Warga Emas; dan
- Bujang.
- 4.7 juta penerima baharu merangkumi golongan :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas.
AMAUN BANTUAN MYKAD 2025
Setiap penerima akan menerima Bantuan MyKad dengan amaun yang berbeza seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|---|
Penerima Sedia Ada | RM2,100 setahun | RM1,650 setahun | RM600 setahun |
Penerima Baharu | RM900 setahun | RM450 setahun | – |
SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025
Bagi yang belum mengetahui status ‘Layak’ sebagai penerima Bantuan MyKad, ikuti semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan MyKad bukanlah dilaksanakan secara sekaligus, namun ianya dilaksanakan secara ansur berperingkat pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :
TARIKH PELAKSANAAN (PENERIMA SEDIA ADA) | TARIKH PELAKSANAAN (PENERIMA BAHARU) |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD 2025
Hanya penerima yang layak boleh menyemak baki Bantuan MyKad yang ada seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.