SEMAKAN BANTUAN IC 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG (RM100 & RM200 & RM50)
Pelbagai fungsi Kad Pengenalan (IC) yang menarik dapat digunakan oleh rakyat Malaysia ia kerana Kad Pengenalan (IC) dicipta berasaskan cip yang dapat menyimpan wang dan boleh digunakan untuk bayaran tanpa tunai (cashless) melalui kaedah sentuhan kad sahaja.
Bagaimanakah cara semakan Bantuan IC? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.
APA ITU BANTUAN IC?
Bantuan IC diperkenalkan di bawah Program MyKasih iaitu Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu memudahkan rakyat menerima bantuan dan dapat terus digunakan bagi tujuan membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Dengan Bantuan IC ini, rakyat dapat membeli barang keperluan seperti barang dapur, produk mandian, peralatan sekolah, ubat-ubatan dan sebagainya dengan selamat tanpa perlu membawa wang tunai.
HAD BANTUAN IC 2026
Namun, setiap penerima mempunyai had bantuan yang dikreditkan dalam IC dan perlu mengikuti had yang ditetapkan untuk pembelian barangan keperluan asas. Berikut merupakan had Bantuan yang dikreditkan dalam IC sepanjang tahun 2026 :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | HAD BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| Isi Rumah (Berkahwin / Ibubapa Tunggal) | RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 setiap bulan sehingga RM1,800 setahun |
| Bujang (Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda Tiada Anak) | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI PENERIMA | HAD BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| Isi Rumah (Berkahwin / Ibubapa Tunggal) | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
| Bujang (Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda Tiada Anak) | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
*Baki yang tidak digunakan bagi bulan sebelum itu akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa.
TARIKH KREDIT BANTUAN IC 2026
Tarikh pengkreditan Bantuan Dalam IC untuk tahun 2026 masih belum diumumkan. Namun, berikut adalah pengkreditan setiap bulan :
- Januari 2026.
- Februari 2026.
- Mac 2026.
- April 2026.
- Mei 2026.
- Jun 2026.
- Julai 2026.
- Ogos 2026.
- September 2026.
- Oktober 2026.
- November 2026.
- Disember 2026.
SEMAKAN BANTUAN IC 2026
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam IC boleh disemak dengan mudah secara online seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Verifikasi akan diproses dan disahkan.
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KATEGORI ITEM BOLEH BELI GUNA IC
Berikut antara item yang boleh dibeli dengan menggunakan IC :
- Barang dapur :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera.
- Minuman :
- Susu, Milo, Teh, Nescafe.
- Makanan dalam tin :
- Sardin, Tuna, Kacang panggang.
- Bahan perasa :
- Sos, Kicap, Gula, Garam.
- Produk kebersihan :
- Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
- Barangan persekolahan :
- Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai.
LANGKAH BELI BARANG GUNA IC
Penerima boleh buat pembelian barang keperluan dengan menggunakan IC seperti berikut :
- Bawa IC bersama anda.
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan IC akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
RUJUKAN INFO
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Untuk rujukan info lebih lanjut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]