SEMAKAN BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PENAMBAHAN (RM2400 & RM1200 & RM600)

SEMAKAN BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PENAMBAHAN (RM2400 & RM1200 & RM600)

Bantuan tanpa tunai (cashless) melalui barangan keperluan asas sebagai bantuan tambahan diteruskan dan ditambahbaik bagi sesi 2026, dimana kadar penambahan yang diberikan adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bagaimanakah semakan bantuan ewallet tambahan 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1

BANTUAN EWALLET TAMBAHAN

Bantuan eWallet tambahan ialah bantuan dalam bentuk tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif kerajaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan yang diberikan secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas penerima.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN EWALLET TAMBAHAN

Kadar Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA STR
(BUKAN EKASIH)
Isi RumahRM2,400
(RM200 Sebulan)
RM1,200
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800
(RM150 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)
BujangRM1,200
(RM100 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)

SEMAKAN BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), 2026 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semak Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Semak Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

CARA GUNA KREDIT BANTUAN EWALLET TAMBAHAN

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment