SEMAKAN BANTUAN DALAM IC : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
IC / Kad Pengenalan diri rakyat Malaysia menjadi perantara untuk Kerajaan menyalurkan bantuan tanpa tunai (cashless) supaya rakyat dapat menerima dan menggunakan bantuan dengan mudah dan selamat tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.
Bagaimanakah semakan Bantuan Dalam IC? Ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan dan bayaran di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BARANG MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

APA ITU BANTUAN DALAM IC?
Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan bersasar untuk rakyat yang memerlukan bagi menampung kos pembelian barang keperluan asas.
Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Dalam IC adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SYARAT KELAYAKAN
Bantuan Dalam IC hanya diberikan khusus kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi bayaran setiap bulan dan sekaligus.
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi bayaran setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar.
Kelayakan bagi bayaran sekaligus adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
KADAR BANTUAN DALAM IC
Setiap kategori penerima akan menerima kadar bayaran Bantuan Dalam IC yang berbeza pada setiap bulan dan sekaligus. Berikut merupakan kadar bayaran yang dikreditkan dalam IC :
- Bayaran Setiap Bulan Dalam IC :
PENERIMA MISKIN (DAFTAR STR & EKASIH) | PENERIMA ASAS (DAFTAR STR SAHAJA) |
---|---|
Isi Rumah : RM100 – RM200 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan |
Warga Emas : RM100 – RM150 sebulan | Warga Emas : RM50 sebulan |
Bujang : RM50 sebulan | Bujang : – |
- Bayaran Sekaligus Dalam IC :
PENERIMA MISKIN | PENERIMA ASAS | SEMUA RAKYAT (BUKAN PENERIMA STR) |
---|---|---|
Isi Rumah : RM100 + RM100 (suami & isteri) | Isi Rumah : RM100 + RM100 (suami & isteri) | Isi Rumah : RM100 + RM100 (suami & isteri) |
Warga Emas : RM100 | Warga Emas : RM100 | Warga Emas : RM100 |
Bujang : RM100 | Bujang : RM100 | Bujang : RM100 |
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC
Pengkreditan Bantuan Dalam IC adalah dilaksanakan secara berperingkat setiap bulan dan sekaligus mengikut tarikh yang ditetapkan. Berikut merupakan tarikh kredit Bantuan Dalam IC anda :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
---|---|
Penerima STR & eKasih | Setiap bulan bermula : 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025 |
Penerima STR sahaja | Setiap bulan bermula : 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 |
Bukan Penerima STR | 31 Ogos 2025 (Sekaligus) |
CARA SEMAKAN BANTUAN DALAM IC
Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan Dalam IC, ikuti cara semakan yang lengkap di aplikasi rasmi seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DALAM IC
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan Dalam IC :
- Bolehkah Bantuan Dalam IC ditunaikan?
- Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang secara tanpa tunai sahaja.
- Bolehkah Bantuan Dalam IC dipindah milik IC orang lain?
- Ianya tidak boleh dipindah milik kepada IC yang lain.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan Dalam IC?
- Ianya boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
- Dimanakah boleh guna Bantuan Dalam IC?
- Rujuk senarai kedai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Bagaimanakah permohonan Bantuan Dalam IC?
- Tiada permohonan diperlukan kerana ianya diberikan secara automatik kepada rakyat yang layak.
RUJUKAN
Segala informasi dalam artikel ini dirujuk daripada Laman Web Rasmi MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah). Untuk rujukan lanjut anda boleh hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]