SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Terbaru, bayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa Februari 2026 telah mula dilaksanakan dan kira-kira seramai lebih 8.1 juta penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang mula menerima kredit dalam MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing.
Bagaimanakah semakan Bantuan Asas Rahmah Fasa Februari 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2026
TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026
Pembayaran Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari 2026 dilaksanakan mengikut tarikh seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | 1 Februari 2026 (Ahad) |
| Warga Emas | 1 Februari 2026 (Ahad) |
| Bujang | 1 Februari 2026 (Ahad) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026
Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari dalam MyKad mengikut jumlah yang ditetapkan berdasarkan kelayakan seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 |
SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026
Status kelayakan dan status bayaran Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari 2026 boleh disemak secara serentak melalui Portal Rasmi seperti tertera di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.sara.gov.my/ |
Ikuti panduan lengkap cara semakan status kelayakan dan status bayaran Bantuan Asas Rahmah Fasa Februari 2026 :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Anda akan dibawa ke halaman utama Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 900230112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan & bayaran Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak terima Bantuan Asas Rahmah :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
CARA BELI BARANG GUNA BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Setelah Bantuan Asas Rahmah dikreditkan dalam MyKad, penerima yang layak boleh membuat pembelian barang keperluan asas mengikut panduan lengkap di bawah :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA BANTUAN |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai runcit / pasar raya terpilih (semak senarai kedai yang terdekat : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli (pastikan mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah pada rak tanda harga) |
| 3. | Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran guna Bantuan Asas Rahmah (MyKasih) |
| 4. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki yang ada |
| 5. | Juruwang akan maklumkan baki bantuan yang ada dalam MyKad |
| 6. | Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang mengikut baki yang ada |
| 7. | Bayaran akan disahkan dengan guna MyKad |
| 8. | Resit bayaran akan diberikan |
RUJUKAN LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib untuk info lebih lanjut di bawah :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.