SEMAK WANG BANTUAN DALAM IC 2026 : HANYA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR
Hanya penerima yang berstatus layak sahaja akan terima bayaran wang Bantuan Dalam IC untuk sepanjang tahun 2026 ini. Setiap penerima akan menerima wang dengan kadar dan tarikh yang ditetapkan mengikut kategori dan kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semak wang Bantuan Dalam IC? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
FUNGSI WANG BANTUAN DALAM IC
Antara fungsi wang Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah :
- ✅ Boleh guna untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, ubat-ubatan, produk penjagaan diri, produk kebersihan rumah, barang sekolah dan sebagainya yang diluluskan.
- ❌ Tidak boleh beli rokok, alatan elektrik, pakaian dan sebagainya.
- ✅ Boleh digunakan di kedai runcit, pasar mini dan pasaraya berdaftar MyKasih.
- ❌ Tidak boleh digunakan di kedai makan, pasar basah dan kedai yang tidak berdaftar dengan MyKasih.
- ✅ Boleh beli barang secara tanpa tunai (cashless) guna IC.
- ❌ Tidak boleh buat pindahan atau pengeluaran tunai dan tidak boleh guna untuk pembayaran tol atau pengangkutan awam.
SEMAK WANG BANTUAN DALAM IC 2026
Ikuti cara semak status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Dalam IC yang lengkap seperti berikut :
- 🔗 Pautan laman web rasmi Semakan : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pergi ke laman web rasmi ‘Semakan’ dengan klik pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor IC anda pada ruang tersebut.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak (contoh : 901230112345).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Tunggu pengesahan IC anda disahkan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran wang Bantuan Dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR WANG BANTUAN DALAM IC 2026
- 👰🤵 KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ | RM2,400 setahun (RM200 sebulan) |
| Isi Rumah Status ‘Asas Bukan Miskin’ | RM1,200 setahun (RM100 sebulan) |
- 🧑🦳 KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Warga Emas Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ | RM1,800 setahun (RM150 sebulan) |
| Warga Emas Status ‘Asas Bukan Miskin’ | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
- 🧑🦱 KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Bujang Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ | RM1,200 setahun (RM100 sebulan) |
| Bujang Status ‘Asas Bukan Miskin’ | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
TARIKH WANG BANTUAN DIKREDITKAN DALAM IC
Wang Bantuan yang dikreditkan dalam IC setiap penerima adalah mengikut pada tarikh-tarikh yang dijadualkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| JENIS BAYARAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Bayaran Setiap Bulan | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bayaran Tambahan One-Off | 9 Februari 2026 |
LANGKAH GUNA WANG BANTUAN DALAM IC
Jika anda adalah penerima Bantuan Dalam IC secara bulanan mahupun secara One-Off, ikuti langkah-langkah penggunaan seperti berikut :
| LANGKAH | KETERANGAN CARA GUNA WANG BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang diluluskan MyKasih |
| 3. | Berikan IC kepada juruwang yang bertugas untuk pengesahan penerima dan baki |
| 4. | Barangan yang dipilih akan diimbas oleh juruwang mengikut barangan yang diluluskan |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC penerima |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk semakan transaksi dan baki dalam IC |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada sumber yang sahih di Portal Rasmi SARA. Oleh itu, untuk rujukan lanjut berkaitan sebarang masalah atau pertanyaan, sila ajukan pada berwajib melalui :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.