SEMAK TAWARAN HAJI (2026) : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PERGI MENUNAIKAN HAJI
Berdasarkan Lembaga Tabung Haji (TH), surat tawaran menunaikan Haji pada tahun 1447H/2026M bakal diberikan secara berperingkat bermula pada 24 Oktober 2025, Jumaat kepada seramai 31,600 bakal jemaah Haji.
Oleh itu, pendeposit yang telah mendaftar Haji digalakkan untuk menyemak status dari semasa ke semasa melalui Portal THiJARI kerana surat tawaran akan diberikan secara berperingkat dan TH memilih bakal jemaah Haji mengikut giliran semasa.
Bagaimanakah cara semak tawaran Haji? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG
TARIKH SEMAKAN TAWARAN HAJI
Para pendeposit boleh mula membuat semakan tawaran Haji bagi tahun 1447H/2026M melalui Portal THiJARI bermula pada 24 Oktober 2025, Jumaat kerana surat tawaran dikeluarkan secara berperingkat.
*Semakan boleh dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status sama ada layak atau tidak menerima tawaran untuk menunaikan ibadah Haji.
CARA SEMAK STATUS TAWARAN HAJI
Semua bakal jemaah Haji Malaysia boleh membuat semakan dan mengesahkan ‘Terima Tawaran Haji’ secara online melalui laman web rasmi atau melalui aplikasi THiJARI yang boleh dimuat turun secara percuma.
Ikuti cara semakan status tawaran Haji melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Pergi ke laman web rasmi Portal THiJARI : https://www.thijari.com.my/.
- Halaman utama Portal THiJARI akan dipaparkan.
- Masukkan ID pengguna* yang telah didaftarkan.
- Gambar Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarka.
- Klik butang [Log Masuk].
- Pilih Menu [PERKHIDMATAN HAJI].
- Seterusnya, klik butang [SEMAK TAWARAN HAJI].
- Status tawaran Haji 1447H/2026M akan dipaparkan sekiranya ‘Layak’.
- Selesai.
*Namun sekiranya status tawaran tidak dipaparkan, pendeposit perlu membuat semakan dari semasa ke semasa kerana keputusan tawaran dikeluarkan secara berperingkat.
PROSES SEMAKAN & PENERIMAAN TAWARAN HAJI
Jika pendeposit telah berjaya menerima tawaran Haji, yang perlu dilakukan adalah :
- Lengkapkan proses dan maklumat ‘Terima Tawaran Haji’ melalui laman web Portal THiJARI.
- Buat pemeriksaan kesihatan di fasiliti yang berdaftar dengan Tabung Haji dan KKM.
- Cukupkan bayaran Haji.
SYARAT MENUNAIKAN HAJI 2026
Melalui Kementerian Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan beberapa syarat yang baharu untuk menunaikan Haji bagi tahun 1447H/2026M untuk memastikan kelulusan visa. Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah :
- Syarat Utama Untuk Layak Menunaikan Haji :
- Bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal.
- Berupaya menjalankan ibadah haji secara berdikari (tanpa bantuan orang lain).
Pendeposit tidak dapat menunaikan ibadah Haji sekiranya mempunyai salah satu daripada berikut :
- Syarat Tidak Layak Menunaikan Haji :
- Kegagalan buah pinggang kronik (perlu menjalani dialisis).
- Kegagalan jantung atau penyakit jantung serius (NYHA kelas III/IV).
- Penyakit paru-paru kronik yang memerlukan bantuan oksigen.
- Penyakit hati kronik / kegagalan fungsi hati.
- Masalah neurologi atau penyakit mental yang menjejaskan fungsi kognitif dan motor.
- Warga Emas dengan dementia / kelemahan fizikal melampau.
- Kehamilan berisiko tinggi.
- Penyakit berjangkit yang aktif (contoh : Tuberkulosis -TIBI).
- Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.
KESIHATAN SEMASA MENUNAIKAN HAJI
Antara langkah kesihatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji (TH) untuk bakal jemaah adalah :
- Tabung Haji (TH) menyediakan klinik kesihatan di semua bangunan penginapan jemaah di Makkah dan Madinah (termasuk farmasi yang dikendalikan oleh petugas kesihatan bertauliah KKM).
- Jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital di bawah pengawasan pakar perubatan KKM.
- Seramai 225 petuga kesihatan KKM akan bertuga semasa musim Haji 1447H/2026M.
Bakal jemaah Haji dinasihatkan agar :
- Membuat pemeriksaan kesihatan awal.
- Membuat persediaan fizikal dan mental kerana cuaca di Arab Saudi panas serta berdebu.
- Pastikan kesihatan di tahap optimum agar memudahkan perjalanan dan ibadah.
BUKU REKOD KESIHATAN HAJI
Buku rekod rawatan untuk jemaah juga disediakan dalam bentuk digital untuk memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan bakal jemaah.
- Setelah membuat semakan dan menerima tawaran Haji, muat turun surat tawaran tersebut.
- Kemudian, bakal jemaah perlu ke fasiliti kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan yang berdaftar dengan TH dan KKM.
- Bawa bersama Kad Pengenalan dan Surat tawaran Haji yang dicetak.
- Setelah berjaya membuat pemeriksaan kesiharan, bakal jemaat akan terima notifikasi status kesihatan melalui SMS / e-Mel.
- Bakal jemaah perlu melengkapkan proses pengesahan ‘terima Tawaran Haji’ melalui laman web Portal THiJARI.
- Semua maklumat dan status kesihatan boleh dilihat melalui bukur rekod digital.
CARA DAFTAR ID PENGGUNA THiJARI
Bagi pendeposit yang belum mendaftar ID Pengguna dengan Portal THiJARI, ikuti panduan seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Portal THiJARI di sini : https://www.thijari.com.my/.
- Klik butang [Daftar] bagi yang ingin mendaftar ID pengguna.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH anda.
- Klik pada butang [Berikutnya].
- Masukkan nombor telefon bimbit serta maklumat peribadi yang diperlukan.
- Jika pendaftaran telah berjaya, sila log masuk akaun anda.
- Buat semakan status tawaran dan sebagainya.
- Selesai.
INFO LANJUT
Semua informasi dalam artikel ini ditulis berdasarkan portal rasmi Tabung Haji. Untuk sebarang masalah atau info lebih lanjut, sila buat rujukan di https://www.thijari.com.my/ atau :
- Talian Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03 6207 1919