SEMAK TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : CEK SEGERA BILA ANDA TAMAT TEMPOH
Walaupun duit Bantuan SARA yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya, namun penerima harus mengetahui bahawa Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC mempunyai tarikh akhir penggunaan untuk tahun 2025.
Bilakah tarikh akhir boleh guna duit Bantuan SARA dalam IC? Semak maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYSTR TAMBAHAN : (2026) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA MEMOHON JIKA BERKELAYAKAN
TARIKH DUIT BANTUAN SARA DIKREDITKAN DALAM IC 2025
Berikut adalah tarikh-tarikh Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC penerima sepanjang tahun 2025 :
| JENIS BAYARAN | TARIKH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Setiap Bulan (Penerima Miskin) | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
| Setiap Bulan (Penerima Asas) | 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
| Sekaligus (One-off) | 31 Ogos 2025 |
SEMAK TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Ketahui tarikh akhir yang anda boleh guna duit Bantuan SARA yang ada dalam IC :
| JENIS BAYARAN | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|
| Setiap Bulan (Penerima Miskin) | 31 Disember 2025 |
| Setiap Bulan (Penerima Asas) | 31 Disember 2025 |
| Sekaligus (One-off) | 31 Disember 2025 |
JUMLAH DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Berikut merupakan duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC penerima untuk sepanjang tahun 2025 :
- Pengkreditan Setiap Bulan Kepada Penerima Miskin :
| KATEGORI | JUMLAH DUIT BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 – RM200 sebulan (RM2,100 setahun) |
| Warga Emas | RM100 – RM150 sebulan (RM1,650 setahun) |
| Bujang | RM50 sebulan (RM600 setahun) |
- Pengkreditan Setiap Bulan Kepada Penerima Asas :
| KATEGORI | JUMLAH DUIT BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan (RM900 setahun) |
| Warga Emas | RM50 sebulan (RM450 setahun) |
| Bujang | – |
- Pengkreditan Sekaligus (One-off) Kepada Semua :
| KATEGORI | JUMLAH DUIT BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
LANGKAH MENGGUNAKAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Penerima Bantuan SARA boleh menggunakan IC untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya mengikut langkah-langkah berikut :
- Sila bawa bersama IC ke kedai runcit atau pasaraya terpilih SARA.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA di rak tanda harga).
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan IC dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Sila semak baki duit Bantuan SARA dalam IC secara online mengikut panduan di bawah :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Baki duit Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]