SEMAK STR FASA 4 (2025)

SEMAK STR FASA 4 (2025)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja selesai dibayar untuk fasa yang ketiga (3) kepada 8.6 juta penerima sedia ada dan baharu dengan kadar yang berbeza mengikut kelayakan. Kini bayaran untuk fasa keempat (4) bakal dilaksanakan kepada kira-kira hampir 9 juta yang layak.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan bayaran STR Fasa 4, sila semak info lanjut di bawah.

BACA JUGA : APA ITU BANTUAN SARA : SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

SEMAK STR FASA 4

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

ISI RUMAH :

  • Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
  • Berpasangan (ada atau tiada anak); atau
  • Ibu / bapa tunggal (ada anak);
  • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 (M40).

WARGA EMAS :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak);
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

BUJANG :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

JADUAL BAYARAN STR

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan mengikut jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari 2025
hingga
28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
hingga
27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
hingga
17 Ogos 2025
Fasa 4Akan dikemaskini
*Tarikh bayaran Fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut pengumuman oleh Kementerian Kewangan (MOF).

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4

Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada jenis penerima berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) atau
di kaunter pusat-pusat yang ditetapkan
(penerima pedalaman Sabah dan Sarawak)

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501-RM5,000)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Bujang B40RM600
*Untuk mengetahui jumlah bayaran STR Fasa 4, sila semak pada laman rasmi MySTR kerana ianya berbeza setiap penerima.

CARA SEMAK STR FASA 4

Berikut merupakan panduan cara semak status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 :

  1. Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal STR akan dipaparkan.
  3. Klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  4. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  5. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  7. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  8. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  9. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  10. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  11. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  13. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  14. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  15. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  16. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Persoalan lazim (faq) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
    • Tidak, Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 khas untuk rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  3. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.
  5. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4?

INFO LANJUT

Segala informasi yang dihuraikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment