SEMAK STR : FASA 2 2026

SEMAK STR: FASA 2 2026

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan lagi dengan peruntukan yang lebih besar bagi memastikan jaringan keselamatan sosial rakyat kekal kukuh. Untuk tahun ini, hampir 9 juta rakyat Malaysia dijangka akan menerima manfaat melalui penyaluran yang dilakukan secara berperingkat. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pelaksanaan STR 2026 menyaksikan integrasi data yang lebih menyeluruh melalui sistem PADU, memastikan bantuan sampai kepada golongan B40 dan M40 yang benar-benar layak dengan lebih efisien dan telus.

Menjelang suku kedua tahun ini, tumpuan utama penerima kini beralih kepada penyaluran STR Fasa 2 2026. Kerajaan telah mengesahkan bahawa pembayaran bagi fasa kedua ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima yang layak secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan. Kadar bayaran bagi fasa ini amat penting dalam membantu aliran tunai isi rumah, bertujuan meringankan beban kewangan harian serta kos sara hidup yang kian mencabar.

Selain daripada bantuan tunai secara langsung, penerima yang layak juga terus menikmati manfaat tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan tahun ini lebih kompetitif dan menyeluruh. Bagi memastikan anda tidak terlepas daripada menerima agihan dana ini, adalah sangat penting untuk anda mengetahui status terkini permohonan anda.

Bagaimanakah semak STR? Ketahui langkah-langkah terperinci dan maklumat lanjut menerusi info yang kami sediakan di bawah.

BACA JUGA : LOGIN STR : SEMAKAN STATUS STR 2026.

SEMAK STR

PENGENALAN STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah program bantuan tunai terbesar daripada Kerajaan Malaysia yang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Bantuan ini tidak hanya terhad kepada wang tunai, malah kini disepadukan dengan pelbagai bantuan tambahan lain seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan kelangsungan kebajikan rakyat yang lebih menyeluruh.

Bagi tahun 2026, STR dilaksanakan dengan beberapa ciri utama:

  • Penyaluran Berfasa: Dibayar secara empat (4) fasa sepanjang tahun.
  • Berasaskan Kategori: Jumlah bantuan ditentukan mengikut status perkahwinan, pendapatan bulanan, dan bilangan anak/tanggungan.
  • Data Bersepadu: Menggunakan maklumat daripada LHDNM dan Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memastikan agihan yang lebih adil dan tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Ketetapan mengenai garis masa penyaluran dana telah diperincikan menerusi tarikh rasmi bayaran STR 2026 Fasa 2 sepertimana yang digariskan di bawah:

PERINGKATTARIKH BAYARAN
Fasa 2Akan dikemaskini

*Nota: Sebarang pindaan atau pengesahan mengenai tarikh bayaran STR 2026 Fasa 2 akan dikemas kini dengan kadar segera, sejurus selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kementerian bagi menjamin ketepatan maklumat.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Individu yang memohon serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan layak untuk menjadi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk setiap kategori :

KategoriSyarat Kelayakan
Isi Rumah (STR & SARA)– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
– Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; atau
– Pendapatan kasar bulanan RM2,501 hingga RM5,000.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Bujang (SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta
– Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STR

Panduan lengkap cara semak bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026 secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
  3. Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  6. Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  8. Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
  9. Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Terus klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status permohonan akan dipaparkan.
  13. Selesai.

KAEDAH PENGKREDITAN STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah pengkreditan berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima yang Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAK KADAR BANTUAN STR 2026

Perincian mengenai kadar bantuan STR 2026 telah ditetapkan mengikut klasifikasi kelayakan penerima sepertimana yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIMUM BAYARAN
Isi rumah
Berpendapatan RM 2500 dan ke bawah
Tiada anak : RM700
1 hingga 2 anak : RM1,200
3 hingga 4 anak : RM1,700
5 anak ke atas : RM2,200
Isi rumah
Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada anak : RM200
1 hingga 2 anak : RM450
3 hingga 4 anak : RM700
5 anak ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangDibayar melalui SARA

SEMAK KADAR BANTUAN STR FASA 2 2026

Kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 2 adalah seperti berikut:

KategoriKadar Bantuan STR 2026 Fasa 2
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 dan ke bawah
Tiada Anak : Belum diumumkan
1 – 2 Anak : –
3 – 4 Anak : –
5 Anak dan Ke atas : –
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : –
1 – 2 Anak : –
3 – 4 Anak : –
5 Anak dan Ke atas : –
Warga Emas Tiada Pasangan
BujangDibayar melalui SARA: RM50 secara bulanan

*Nota: Segala perincian mengenai kadar bantuan STR Fasa 2 serta fasa-fasa seterusnya akan dikemas kini dengan kadar segera, sejurus selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kementerian bagi menjamin ketepatan maklumat.

JADUAL PENGKREDITAN STR 2026

Pengkreditan bantuan STR dilaksanakan selama empat (4) fasa secara berperingkat mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan. Berikut merupakan jadual pengkreditan STR 2026:

PELAKSANAAN FASAJADUAL PENGKREDITAN
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 2Belum Diumumkan
Fasa 3
Fasa 4

*Nota: Pihak kami beriltizam untuk mengemas kini jadual pengkreditan STR bagi fasa-fasa berikutnya secara berkala. Segala maklumat akan dikemaskini dengan kadar segera sejurus selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kementerian bagi menjamin ketepatan dan kepantasan info yang anda terima.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan STR yang sering dikemukakan adalah seperti berikut :

  1. Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
    • Ya, Bantuan STR dibayar kepada semua individu berkeluarga dan bujang (bergantung kelayakan penerima).
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima STR Fasa 1 2026.
  3. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dirujuk daripada laman rasmi. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin ketahui maklumat lebih lanjut, sila hubungi pihak STR seperti berikut :

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang].
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566.
  • e-Mel : [email protected].
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment