SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Setiap seorang pemohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjaya lulus permohonan, bukan sahaja akan terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) malah akan turut menerima Bantuan Tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan.
Bagaimanakah cara semak status STR Tambahan? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
CARA AGIHAN STR TAMBAHAN 2026
Berikut adalah cara agihan Bantuan STR dan cara agihan Bantuan STR Tambahan bagi tahun 2026 :
- Agihan STR 2026 :
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diagihkan secara berfasa melalui bayaran terus ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Agihan STR Tambahan 2026 :
- Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula diagihkan secara ansur setiap bulan yang dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima.
NILAI BANTUAN STR TAMBAHAN 2026
Nilai bayaran Bantuan STR dan bayaran Bantuan Tambahan adalah berbeza bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Bantuan STR 2026 (RM) :
| KATEGORI PENERIMA | TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | > 5 ANAK |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 700 | 1,200 | 1,700 | 2,200 |
| Isi Rumah M40 | 200 | 450 | 700 | 950 |
| Warga Emas | 600 | – | – | – |
| Bujang | – | – | – | – |
- Bantuan STR Tambahan 2026 (RM) :
| KATEGORI PENERIMA | DAFTAR EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 2,400 | 1,200 |
| Isi Rumah M40 | – | 1,200 |
| Warga Emas | 1,800 | 600 |
| Bujang | 1,200 | 600 |
JADUAL AGIHAN STR TAMBAHAN 2026
Bantuan STR dan Bantuan Tambahan akan diagihkan pada tarikh yang berbeza mengikut jadual di bawah :
| JENIS BANTUAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Fasa 1 : Januari 2026 Fasa 2 : Mac 2026 Fasa 3 : Ogos 2026 Fasa 4 : Oktober 2026 |
| Bantuan STR Tambahan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
SYARAT PENERIMA STR TAMBAHAN 2026
Penerima Bantuan STR Tambahan dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di bawah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000;
- Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih (bagi yang pendapatan bawah PGK semasa).
SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2026
Status kelayakan penerima Bantuan STR Tambahan boleh disemak secara online melalui Laman Web STR yang rasmi seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan Laman Web STR Rasmi 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama STR, sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Klik butang [Ya] jika nama yang dipaparkan adalah betul.
- Terus masukkan [Kata Laluan] seperti yang ditetapkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] dan Papan Pemuka akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan STR dan tambahan (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Adakah semua penerima STR akan secara automatik akan terima Bantuan Tambahan?
- Ya, semua penerima STR akan secara automatik terima bayaran Bantuan Tambahan tanpa perlu kemukakan permohonan tambahan.
- Bagaimanakah cara guna Bantuan STR Tambahan?
- Bantuan STR Tambahan akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan dan penerima perlu ke kedai atau pasaraya berdaftar dan pilih barang keperluan yang diluluskan dan bayar menggunakan Kad Pengenalan.
- Berapakah bayaran Bantuan STR Tambahan setiap bulan?
- Isi Rumah B40 :
- Daftar eKasih : RM200.
- Bukan eKasih : RM100.
- Isi Rumah M40 :
- Bukan eKasih : RM100.
- Warga Emas :
- Daftar eKasih : RM150.
- Bukan eKasih : RM50.
- Bujang :
- Daftar eKasih : RM100.
- Bukan eKasih : RM50.
- Isi Rumah B40 :
- Apakah barang keperluan asas yang boleh dibeli guna Bantuan STR Tambahan?
- Barang dapur, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan sekolah dan sebagainya.
- Bagaimanakah jika penerima tidak menggunakan Bantuan STR Tambahan dalam Kad Pengenalan pada bulan Januari?
- Bantuan STR Tambahan yang ada dalam Kad Pengenalan dan tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama baki semasa.
RUJUKAN LANJUT
Maklumat yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada sumber yang sahih iaitu daripada Portal Rasmi STR dan SARA. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR dan SARA, sila rujuk pihak berwajib di talian, laman dan e-mel berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]