SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Penambahbaikan kepada program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih tahun ini merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 ke tahap yang tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM13 billion berbanding tahun lalu hanya sebanyak RM10 billion.
Bagaimanakah semak status SARA MyKasih? Ikuti panduan semakan di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH SARA SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
BILANGAN PENERIMA STATUS LULUS SARA MYKASIH 2025
Penerima yang berstatus lulus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada tahun 2025 adalah meningkat seramai 75 peratus (%) seperti berikut :
TAHUN PENYALURAN SARA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2023 | 0.2 juta penerima (Miskin Tegar) |
2024 | 0.7 juta penerima (Miskin dan Miskin Tegar) |
2025 | 5.4 juta penerima (Miskin, Miskin Tegar dan Asas Bukan Miskin) |
SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025
Berikut merupakan panduan untuk semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih yang lengkap :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH SARA MYKASIH DISALURKAN MENGIKUT STATUS 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang disalurkan adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar disalurkan RM2,100 setahun;
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin disalurkan RM900 setahun.
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar disalurkan RM600 setahun.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar disalurkan RM1,650 setahun;
- Warga Emas Asas Bukan Miskin disalurkan RM450 setahun.
*Nota : Jumlah diatas bukanlah dibayar sekaligus kepada penerima. Namun, ianya dibayar secara ansur setiap bulan.
TARIKH PENYALURAN SARA MYKASIH TERBARU 2025
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang terbaru adalah bermula pada :
- 01 Mei 2025 (Khamis).
CARA SARA MYKASIH DISALURKAN 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dengan cara yang sama kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan seperti berikut :
- Disalurkan dengan kadar antara RM50, RM100, RM150 dan RM200 setiap bulan melalui kad pengenalan penerima yang layak khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta peralatan sekolah anak.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.